Jumaat, 3 Ogos 2018

Nicola Tesla

Nicola Tesla (10 Julai 1856 - 7 Januari 1943)

     Nicola Tesla merupakan seorang pereka, ahli fizik, jurumekanik dan jurutera elektrik. Beliau dilahirkan di Smiljan, Croatia dan menjadi warganegara Amerika Syarikat semasa dewasa. Kerja penyelidikannya merupakan asas penciptaan arus elektrik ulang-alik (AC) yang digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik hari ini. Beliau merupakan penyumbang utama di dalam penciptaan barangan elektrik serta lebih dikenali hasil daripada penyelidikannya yang menghasilkan revolusi di dalam pembangunan bidang elektromagnetik pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Paten dan teori kerja beliau menjadi asas kepada teori arus ulang-alik moden, sistem kuasa elektrik termasuk sistem polifasa elektrik yang digunakan dalam pengagihan elektrik. Tesla juga pernah menjadi pembantu kepada Thomas Edison. Unit ukuran SI untuk medan magnet (B), dikenali sebagai Tesla. Ia dinamakan sempena menghormati sumbangan beliau di dalam kemajuan bidang elektrik.

Marie Sklodowska Curie

Marie Sklodowska Curie (7 November 1867 - 4 Julai 1934)

     Marie Curie dilahirkan pada 7 November 1867 di Warsaw, Poland. Beliau berasal dari keluarga yang begitu mementingkan pendidikan. Pada tahun 1891, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Sarbonne, Paris. Marie Curie bertemu dengan Pierre Curie di Paris. Pierre Curie merupakan seorang profesor Fizik di Universiti Paris. Setelah berkahwin, mereka berdua membuat penyelidikan ke atas sumber radioaktif. Dari penyelidikan yang dibuat, mereka mendapati Uranium adalah sejenis bahan radioaktif yang boleh mengeluarkan cahaya seperti X-ray. Mereka juga mendapati bahawa Uranium Ore mengeluarkan pancaran radioaktif yang lebih berbanding dengan Uranium. Ini adalah kerana di dalam Uranium Ore, terdapat sumber radioaktif yang lebih kuat berbanding dengan Uranium. Berkat usaha dan kesungguhan, mereka telah berjaya menjumpai sumber radioaktif Radium dan Polonium. Mereka diberi Hadiah Nobel pada tahun 1903, bersama dengan kawan mereka, Antoine Henry Bacquerel. Pada tahun 1906, Pierre Curie meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Marie Curie meneruskan penyelidikannya mengenai sumber radioaktif. Beliau sekali lagi dianugerahkan Hadiah Nobel Kimia pada tahun 1911. Semasa Perang Dunia Pertama (WW1) pada tahun 1914, Marie Curie telah mengendalikan pasukan van X-ray dan membantu askar-askar yang tercedera. Marie Curie meninggal dunia pada 4 Julai 1934 ketika berusia 67 tahun kerana menghidap penyakit Leukimia yang dipercayai kerana pendedahan secara berlebihan bahan radioaktif ketika melakukan penyelidikannya. Sebagai penghormatan terhadap jasa-jasa beliau, 'Radium Institute' telah ditukarkan namanya kepada 'Curie Institute' selepas kematiannya.

Alexander Graham Bell

Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922)

     Apabila Alexander Graham Bell menemui telefon pada 1876, beliau telah memulakan satu ledakan dalam komunikasi manusia yang masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Sebelum penemuan Bell, cara paling cepat untuk menghantar perutusan kepada seseorang ialah dengan mengirim Kod Morse menerusi wayar telegraf. Namun telegraf tidak dapat menghantar suara manusia menerusi wayar. Sebelum kewujudan telegraf, perutusan segera hanya dapat dihantar dengan kuda, isyarat asap, burung merpati atau dengan kapal. Ramai orang yang berusaha untuk memperbaiki telegraf pada tahun 1870-an, tetapi kedudukan Bell yang unik membolehkan beliau meraih kejayaan cemerlang. Sebagai seorang anak muda,  beliau mengabdikan dirinya untuk membantu golongan pekak dan cuba memperbaiki telegraf untuk mencari pendapatan lebih. Semasa melakukan ujikaji, beliau terdengar bunyi getaran suara melalui seutas wayar pendek yang telah diregangkannya dari sebuah bilik ke sebuah bilik yang lain. Jika para pencipta lain terdengar bunyi yang halus itu, mereka pasti tidak akan memahami kepentingannya. Tetapi bagi Bell, dengan pengetahuannya yang mendalam tentang bagaimana telinga manusia menguatkan getaran, serta-merta Bell menyedari bahawa suara manusia mungkin dapat dihantar menerusi wayar. Dengan itu, lahirlah telefon. Dalam masa satu dekad, penggunaan telefon telah merebak ke seluruh Amerika Syarikat dan tidak lama kemudian ke seluruh dunia.

Alfred Nobel

Alfred Nobel (22 Oktober 1833 - 10 Disember 1896)

     Alfred Nobel dilahirkan pada 22 Oktober 1833 di Stockholm, Sweden. Sejak kecil lagi, Novel merupakan kanak-kanak yang cerdik, suka memerhati dan memikirkan tentang perkara-perkara di sekelilingnya. Beliau juga berminat di dalam bidang sastera. Pada tahun 1850 sehingga 1852, Nobel meneruskan pengajiannya dalam bidang Kimia dan Fizik di Amerika Syarikat dan kemudiannya di Perancis. Setelah kembali ke St.Petersburg, beliau bekerja di kilang senjata api milik bapanya sebagai ketua penyelidikan. Nobel belajar dan bekerja bersungguh-sungguh di kilang milik bapanya itu. Pada tahun 1860, beliau memulakan penyelidikan dalam Nitroglycerine untuk menghasilkan bahan letupan yang lebih kuat. Pada tahun 1863, Nobel berjaya mencipta 'Blasting Cap' untuk membolehkan penggunaan Nitroglycerine. Penciptaannya telah membuka era baru dalam penerokaan terowong dan perlombongan dengan letupan. Namun begitu, Nitroglycerine adakah cecair yang tidak stabil dan merbahaya. Kemalangan sering berlaku dan telah mengorbankan beberapa nyawa, termasuklah adik Nobel sendiri, Emil. Nobel tetap meneruskan usaha penyelidikannya. Pada tahun 1866, Nobel berjaya menjadikan Nitroglycerine dalam bentuk pepejal dengan mencampurkan Kieiselghur ke dalam cecair itu. Penciptaan itu merupakan kejayaan yang besar kerana ia menghasilkan bahan letupan dalam bentuk yang lebih selamat, mudah digunakan dan menjamin keselamatan dalam proses pengangkutan. Ciptaannya diberi nama 'Dynamite' iaitu bahan letupan yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Dalam tahun 1895, Nobel telah mengasaskan 'Nobel Prize' dalam wasiatnya. 'Nobel Prize' merupakan anugerah yang paling berwibawa pada hari ini. Nobel meninggal dunia pada 10 Disember 1896 ketika usianya menjangkau 63 tahun.

Guglielmo Marconi

Guglielmo Marconi (25 April 1874 - 20 Julai 1937)

     Semasa berusia 20 tahun, Guglielmo Marconi mempunyai impian untuk menghantar isyarat dari satu penjuru ke satu penjuru lain dunia melalui udara tanpa menggunakan wayar. Apabila usianya 23 tahun, beliau telah berjaya mencapai impiannya. Pemuda ini, dengan berbekalkan sedikit pendidikan formal dan bekerja di loteng rumah bapanya, pencapaiannya menghairankan ahli-ahli sains yang terpenting pada zaman itu. Pada tahun 1895, penggunaan tenaga elektrik masih baru. Tenaga elektrik digunakan sebagai sumber cahaya di rumah hanya 14 tahun selepas itu. Pada waktu itu, maklumat boleh dihantar dengan cepat dan jelas melalui telefon dan telegraf. Walau bagaimanapun, kedua-dua cara komunikasi ini mempunyai satu kelemahan yang penting iaitu pendawaian sangat diperlukan supaya pesanan dapat mengalir sebagai impuls elektrik. Impian Marconi untuk menghantar maklumat tanpa menggunakan wayar umpama suatu fiksyen sains. Setelah kejayaan awal dicapai, Marconi meneruskan ujikaji dengan cekal dan gigih. Mulanya, beliau menghantar pesanan merentasi loteng. Kemudian, pesanan menerusi lautan pula. Akibat daripada sifat ingin tahu dan sifat degilnya, kita sekarang mempunyai televisyen satelit, radio komersial, komunikasi laser dan keajaiban-keajaiban lain yang sekarang digelar 'perkampungan sawa jagat'.

Sabtu, 28 Julai 2018

Henry Ford

Henry Ford (30 Julai 1863 - 7 April 1947)

     Henry Ford dilahirkan pada 30 Julai 1863 di Greenfield, Michigan, Amerika Syarikat. Beliau berasal daripada golongan keluarga berada yang mengusahakan bidang pertanian. Namun begitu, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan sejak dari kecil lagi. Pada tahun 1879, beliau memegang jawatan sebagai jurutera di sebuah syarikat Edison Illuminative Company. Pada tahun 1896, beliau telah berjaya membina 'Quadricycle', hasil penyelidikan yang bersungguh-sungguh. Walaupun Henry Ford bukanlah orang pertama yang mencipta kereta yang menggunakan petrol untuk bergerak, namun beliau merupakan salah seorang penyumbang dan perintis terhadap kemajuan perindustrian kereta. Henry Ford menubuhkan Syarikat Ford pada pada tahun 1903. Pada tahun 1908, Syarikat Ford berjaya mengeluarkan kereta Model T. Kejayaan ini merupakan impian Henry Ford. Kereta pengeluaran Syarikat Ford mendapat sambutan yang baik dan semakin terkenal. Ini adalah kerana ia bukan sahaja mudah untuk dioperasikan malah mudah dalam penyelenggaraan dan dapat berjalan dengan lancar walaupun di atas permukaan jalan yang kasar dan tidak rata. Sehingga tahun 1918, separuh dari kereta di Amerika Syarikat terdiri daripada kereta Model T. Pada tahun 1910, Ford telah menubuhkan sebuah kilang pengeluaran kereta yang besar untuk memenuhi permintaan terhadap kereta Model T yang semakin meningkat. Syarikat Ford menjadi syarikat pengeluaran kereta yang terbesar di dunia. Beliau meninggal dunia pada 7 April 1947.

Jumaat, 29 Jun 2018

Al-Battani

Al-Battani (858 Masihi - 929 Masihi)

     Al-Battani adalah ilmuwan Iraq yang hidup pada tahun 850-923 Masihi . Beliau merupakan ahli astronomi terbesar di kalangan orang Arab. Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Jabir ibn Sinan al-Raqqa Al-Harrani Al-Sabiʾ Al-Battani. Beliau lahir di Harran dekat Urfa. Salah satu pencapaiannya yang terkenal adalah tentang penentuan tahun matahari sebagai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat.
     Al-Battani mendalami astronomi sejak berusia 20 tahun hingga akhir hayatnya. La Lande, ahli Astronomi dari Perancis mengatakan bahawa Al-Battani termasuk salah seorang dari 20 orang besar ahli astronomi dalam sejarah manusia. Ia juga mengatakan dalam bukunya yang berjudul Sejarah Alam Semesta bahawa Al-Battani merupakan ahli astronomi paling besar pada bangsa dan zamannya, selain salah seorang ilmuwan besar Islam. 
     Para ilmuwan astronomi sebelumnya banyak merujuk kajian astronomi kepada ilmu astronomi Yunani terutama kepada karya-karya Ptolomeus dan ilmu astronomi India. Naskah teoritis dan mendasar mereka adalah buku Ptolomeus yang dikenal oleh orang Arab dengan judul 'Al-Majesty'.
     Para ahli astronomi Arab banyak yang mengikuti Ptolomeus yang berpendapat bahwa bumi dian dan dikitari oleh delapan planet: Matahari, bulan, 5 planet dan bintang. Untuk membuktikan kesesuaian antara tatanan seperti itu dan kenyataan yang ada, dia meletakkan aturan perputaran dan hitungan matematisnya. Akan tetapi dengan berlalunya waktu tahu, Bangsa Arab tahu mengenai kelemahan Ptolomeus sehingga mereka mengkritiknya tanpa memberikan jalan keluar.
     Kegiatan Al-Battani tercurahkan kepada yang dinamakan Al-Zayj atau kalender astronomi yang dia buat pada tahun 900 Masihi dengan sangat cermat dan tepat. Pengamatannya yang sangat tepat mengenai gerhana matahari menjadi dasar yang pasti bagi pengamatan sejenis hingga tahun 1749 Masihi.
     Bukunya Al-Zayj berisi hasil-hasil peneropongannya terhadap bintang-bintang tetap. Buku tersebut telah diterjemahkan juga ke dalam bahasa Latin dan bahasa Sepanyol.
     Pengaruhnya sangat besar bukan saja dalam bidang ilmu astronomi untuk kalangan bangsa Arab saja, melainkan juga dalam ilmu astronomi dan hitungan segitiga lingkaran pada bangsa Eropah pada abad pertengahan dan awal Renaissance. Dia telah menetapkan hitungan yang sangat tepat mengenai panjang hitungan tahun dan pembagian musimnya serta peredaran yang pasti untuk Matahari.
     Al-Battani juga membenarkan ucapan Ptolemeus mengenai tetapnya posisi bumi yang berjauhan dengan matahari dengan membangun dalil atas perubahan yang terjadi pada teori yang ditemukan Ptolomeus dan dengan mengikuti gerakan rata-rata planet tersebut. Akhirnya Al-Battani mendapatkan kesimpulan bahawa penyesuaian waktu berubah sangat lambat. Al-Battani juga memastikan perubahan sudut tampak matahari dan kemungkinan terjadinya gerhana matahari secara keseluruhan. 
     Selain itu, Al-Battani juga meluruskan sejumlah pengetahuan mengenai gerakan bulan dan bintang. Dia membuat teori baru yang menunjukkan tingkat kecerdasan dan keluasan kawasannya yang menjelaskan kondisi dimana bulan akan terlihat dan memantapkan gerakan rata-rata yang ditemukan oleh Ptolemeus.
     Dia juga memiliki hasil peneropongan gerhana bulan dan gerhana matahari yang dijadikan contoh oleh Dantrhone pada tahun 1749 Masihi tentang batas kepantasan bulan dalam satu abad. Dia memberikan pemecahan yang sangat bagus melalui pencarian titik tengah bagi segitiga lingkaran.
     Dalam bidang ilmu, pasti Al-Battani adalah orang yang pertama kali memasukkan sinus dan cosinus dalam ilmu hisab. Dia menggunakan sinus dan cosinus sebagai ganti hipotenus yang banyak digunakan oleh orang Yunani. Lalu dia menyempurnakan definisi bayangan temu dan bayangan inti, selain membuat daftar untuk dua perkara tersebut.
     Penemuan hukum segitiga sama sisi yang sempurna pun dinisbahkan kepadanya. Selain itu, dia juga memecahkan berbagai persoalan hitungan ala Yunani dengan menggunakan cara ilmu ukur untuk mengetahui perincian ukurannya.
     Hasil yang dicapai oleh Al-Battani dalam ilmu Astronomi mendapatkan tempat dalam sejarah ilmu pengetahuan. Dia adalah seorang ahli ilmu astronomi yang bijaksana tanpa menggunakan peralatan yang canggih dan baru ditemukan pada abad ke-17. Kejayaannya kembali kepada dua hal berikut.
     Pertama dia menggunakan metode dan alat teropong yang jauh lebih maju daripada yang dimiliki oleh orang Yunani. Bahkan sebagian peralatan yang ada yang tidak diketahui sama sekali oleh mereka. 
     Kedua, dia menggunakan hitungan yang tepat dalam menghitung persoalan-persoalan yang dihadapinya dalam ilmu astronomi. Hitungan yang dipergunakan jauh lebih maju daripada yang dipergunakan oleh orang Yunani, termasuk hitungannya dalam berbagai segitiga yang juga belum dikenali oleh mereka.