Jumaat, 3 Ogos 2018

Guglielmo Marconi

Guglielmo Marconi (25 April 1874 - 20 Julai 1937)

     Semasa berusia 20 tahun, Guglielmo Marconi mempunyai impian untuk menghantar isyarat dari satu penjuru ke satu penjuru lain dunia melalui udara tanpa menggunakan wayar. Apabila usianya 23 tahun, beliau telah berjaya mencapai impiannya. Pemuda ini, dengan berbekalkan sedikit pendidikan formal dan bekerja di loteng rumah bapanya, pencapaiannya menghairankan ahli-ahli sains yang terpenting pada zaman itu. Pada tahun 1895, penggunaan tenaga elektrik masih baru. Tenaga elektrik digunakan sebagai sumber cahaya di rumah hanya 14 tahun selepas itu. Pada waktu itu, maklumat boleh dihantar dengan cepat dan jelas melalui telefon dan telegraf. Walau bagaimanapun, kedua-dua cara komunikasi ini mempunyai satu kelemahan yang penting iaitu pendawaian sangat diperlukan supaya pesanan dapat mengalir sebagai impuls elektrik. Impian Marconi untuk menghantar maklumat tanpa menggunakan wayar umpama suatu fiksyen sains. Setelah kejayaan awal dicapai, Marconi meneruskan ujikaji dengan cekal dan gigih. Mulanya, beliau menghantar pesanan merentasi loteng. Kemudian, pesanan menerusi lautan pula. Akibat daripada sifat ingin tahu dan sifat degilnya, kita sekarang mempunyai televisyen satelit, radio komersial, komunikasi laser dan keajaiban-keajaiban lain yang sekarang digelar 'perkampungan sawa jagat'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan