Jumaat, 3 Ogos 2018

Marie Sklodowska Curie

Marie Sklodowska Curie (7 November 1867 - 4 Julai 1934)

     Marie Curie dilahirkan pada 7 November 1867 di Warsaw, Poland. Beliau berasal dari keluarga yang begitu mementingkan pendidikan. Pada tahun 1891, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Sarbonne, Paris. Marie Curie bertemu dengan Pierre Curie di Paris. Pierre Curie merupakan seorang profesor Fizik di Universiti Paris. Setelah berkahwin, mereka berdua membuat penyelidikan ke atas sumber radioaktif. Dari penyelidikan yang dibuat, mereka mendapati Uranium adalah sejenis bahan radioaktif yang boleh mengeluarkan cahaya seperti X-ray. Mereka juga mendapati bahawa Uranium Ore mengeluarkan pancaran radioaktif yang lebih berbanding dengan Uranium. Ini adalah kerana di dalam Uranium Ore, terdapat sumber radioaktif yang lebih kuat berbanding dengan Uranium. Berkat usaha dan kesungguhan, mereka telah berjaya menjumpai sumber radioaktif Radium dan Polonium. Mereka diberi Hadiah Nobel pada tahun 1903, bersama dengan kawan mereka, Antoine Henry Bacquerel. Pada tahun 1906, Pierre Curie meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Marie Curie meneruskan penyelidikannya mengenai sumber radioaktif. Beliau sekali lagi dianugerahkan Hadiah Nobel Kimia pada tahun 1911. Semasa Perang Dunia Pertama (WW1) pada tahun 1914, Marie Curie telah mengendalikan pasukan van X-ray dan membantu askar-askar yang tercedera. Marie Curie meninggal dunia pada 4 Julai 1934 ketika berusia 67 tahun kerana menghidap penyakit Leukimia yang dipercayai kerana pendedahan secara berlebihan bahan radioaktif ketika melakukan penyelidikannya. Sebagai penghormatan terhadap jasa-jasa beliau, 'Radium Institute' telah ditukarkan namanya kepada 'Curie Institute' selepas kematiannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan