Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922)
Apabila Alexander Graham Bell menemui telefon pada 1876, beliau telah memulakan satu ledakan dalam komunikasi manusia yang masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Sebelum penemuan Bell, cara paling cepat untuk menghantar perutusan kepada seseorang ialah dengan mengirim Kod Morse menerusi wayar telegraf. Namun telegraf tidak dapat menghantar suara manusia menerusi wayar. Sebelum kewujudan telegraf, perutusan segera hanya dapat dihantar dengan kuda, isyarat asap, burung merpati atau dengan kapal. Ramai orang yang berusaha untuk memperbaiki telegraf pada tahun 1870-an, tetapi kedudukan Bell yang unik membolehkan beliau meraih kejayaan cemerlang. Sebagai seorang anak muda, beliau mengabdikan dirinya untuk membantu golongan pekak dan cuba memperbaiki telegraf untuk mencari pendapatan lebih. Semasa melakukan ujikaji, beliau terdengar bunyi getaran suara melalui seutas wayar pendek yang telah diregangkannya dari sebuah bilik ke sebuah bilik yang lain. Jika para pencipta lain terdengar bunyi yang halus itu, mereka pasti tidak akan memahami kepentingannya. Tetapi bagi Bell, dengan pengetahuannya yang mendalam tentang bagaimana telinga manusia menguatkan getaran, serta-merta Bell menyedari bahawa suara manusia mungkin dapat dihantar menerusi wayar. Dengan itu, lahirlah telefon. Dalam masa satu dekad, penggunaan telefon telah merebak ke seluruh Amerika Syarikat dan tidak lama kemudian ke seluruh dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan