Khamis, 28 Jun 2018

Napoleon Bonaparte

Napoleon Bonaparte (15 Ogos 1769 - 5 Mei 1821)

     Napoleon Bonaparte adalah anak kedua dari tujuh adik-beradiknya lain yang bernama Maria Anna Bonaparte dan Joseph Bonaparte. Bapa beliau bernama Carlo Bonaparte manakala ibunya bernama Maria Letizia Romalino. Beliau lahir di Corsica pada 15 Ogos 1769. Walaupun lahir di Perancis, Napoleon mempunyai darah Itali. Pada umur 10 tahun, beliau dihantar ke sekolah Brienne Le Chateau. Sekolah tersebut merupakan sekolah tentera dan di sanalah Napoleon mula tertarik terhadap peperangan dan kuasa.
     Setelah berjaya dengan cemerlang dalam pembelajarannya di Brienne Le Chateau, Napoleon melanjutkan lagi pembelajarannya ke sekolah angkatan laut dan mempelajari mengenai unit artileri. Beliau merupakan seorang murid yang pintar. Tugasan yang sepatutnya diselesai dalam masa dua hingga tiga tahun, dia berjaya tamatkannya hanya dalam masa satu tahun. Beliau mendapat pangkat Leftenan Muda sewaktu beliau lulus di sana.
     Ketika itu, Perancis sedang dilanda rusuhan. Penduduk Perancis tidak menyukai pemerintahan monarki dan menginginkan demokrasi. Napoleon memanfaatkan kesempatan ini untuk naik ke puncak pemerintahan. Dalam tempoh berlakunya rusuhan itu, Napoleon akhirnya menang melawan Inggeris. Beliau pun diangkat menjadi Jeneral Brigadier di usia muda.
     Lalu, pada usia 25 tahun, Napoleon diangkat menjadi Panglima Perang Kerajaan Perancis. Setelah berjaya dalam  beberapa peperangan, rakyat Perancis memilih beliau untuk menjadi Konsul pertama kerajaan itu pada 1802. Dua tahun kemudian, Napoleon Bonaparte diangkat menjadi Kaisar Perancis. Beliau mula menakluk hampir seluruh benua Eropah melalui perang dan diplomasi selama 11 tahun menjadi Kaisar/Maharaja.
     Saudara-saudaranya pun diangkat menjadi raja atau pemimpin di negara-negara yang telah ia takluki oleh beliau. Adiknya, Louis Napoleon diangkat menjadi raja di Belanda. Joseph Napoleon diangkat menjadi  raja di Sepanyol dan Jenderal Bernadotte di Sweden. Joseph Poniatowski juga diangkat menjadi ketua negara Poland.
     Namun pada 1812, pasukan Perancis yang dipimpin oleh Napoleon Bonaparte mengalami kekalahan di Rusia. Sejak dari saat itu, pasukan Perancis semakin melemah. Sehinggalah pada 1814, pasukan Perancis kalah dalam melawan Tentera Pihak Gabungan dari Rusia, Britain, Prussia dan Austria. Napoleon pun diturunkan dari takhtanya dan diasingkan ke Pulau Elba. Tetapi beliau berjaya keluar dari situ dan kembali semula ke Perancis.
     Napoleon kembali melawan Britain dalam Perang Waterloo. Sayangnya, Napoleon dan pasukannya kalah. Beliau serta merta dijadikan tawanan oleh Britain dan diasingkan ke Pulau St. Helena. Napoleon akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah enam tahun diasingkan. Menurut para doktor yang memeriksanya, Napoleon meninggal akibat kanser perut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan