Isnin, 25 Jun 2018

Shah Jahan

Shah Jahan

     Shah Jahan atau nama sebenarnya Khurram adalah antara pemerintah Empayar Mughal yang terbilang. Ayahandanya bernama Sultan Jahangir. Ketika pemerintahannya, Sultan Jahangir telah dimanipulasi mindanya oleh isteri yang bernama Mehrunissa yang diberi gelaran Nur Jahan. Mehrunissa membuatkan Sultan Jahangir ketagihan candu sehinggakan segala urus tadbir Kerajaan Mughal diletakkan dibahu Mehrunissa. Mehrunissa juga merupakan ibu saudara kepada Arjumand isteri Shah Jahan.
     Namun semua itu berubah apabila anak kepada Sultan Jahangir yang bernama Khurram datang bagi merebut kembali takhta yang selama ini dipegang oleh Mehrunissa. Syahriyar pula dijadikan boneka oleh Mehrunissa untuk berselindung daripada diancam rakyat.
     Setelah takhta telah kembali ke tangan yang sah, Shah Jahan telah memenjarakan Mehrunissa dan Syahriyar di dalam penjara. Mata Syahriyar dibutakan sama seperti abangnya yang bernama Khuzrau di mana matanya dibutakan oleh ayahanda sendiri Sultan Jahangir kerana memberontak untuk mengembalikan Empayar Mughal dalam keadaan stabil.
    Semasa pemerintahan Shah Jahan, banyak perkara telah diubah. Jawatan-jawantan menteri telah dirombak dan baginda sultan telah melantik menteri dari kalangan orang yang beragama Islam dan mengurangkan pengaruh Hindu di dalam pentadbiran kerajaan.
     Di medan perang, musuh menggeruni namanya manakala sekutu pula sangat menghormatinya. Semasa kekuasaanya, Empayar Mughal berkembang dan mahsyur namanya ke seluruh dunia.
     Semua itu tidak akan ada tanpa sokongan seorang perempuan yang memberinya semangat untuk terus berjuang, dan menjadikannya semakin kuat pada ketika dugaan mendatang.
     Perempuan itulah isterinya yang sangat dicintai yang bernama Arjumand sehingakan diberi gelaran Mumtaz. Apakan daya, takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mumtaz meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang keempat belas.
     Kerana cintanya yang begitu mendalam kepada Mumtaz, Shah Jahan pun membinakan satu monumen agung yakni Taj Mahal yang dibina daripada batu marmar putih. Bukti indah sebuah cinta sejati.
     Namun, tanpa Shah Jahan sedar, Taj Mahal itu jugalah yang akan menyebabkan Empayar Mughal bergoncang.
     Akhirnya, berlaku pemberontakan oleh anaknya sendiri yang bernama Aurangzeb. Aurangzeb berbuat demikian kerana untuk menyelamatkan semula Empayar Mughal yang masalah ekonominya semakin meruncing disebabkan pembinaan Taj Mahal yang menelan kos begitu tinggi. Selepas daripada itu, Sultan Shah Jahan dapat ditawan dan dipenjarakan di Istana Benteng Merah yang terletak di Agra. Ketika itu Sultan Shah Jahan mendapat khabar berita daripada pembantunya bahawa anak-anaknya yang bernama Shah Shuja, Dara Shikoh dan Aurangzeb sedang bertempur sesama sendiri. Di dalam kurungan, Sultan Shah Jahan selalu membuat puisi sedih untuk mengenangkan nasibnya dan isteri tercinta Mumtaz. Baginda juga selalu terbayang-bayangkan wajah Mumtaz di dalam kamarnya itu. Akhirnya baru Sultan Shah Jahan sedar betapa peritnya perasaan itu yang selama ini dihadapi oleh ayahandanya Sultan Jahangir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan