Sultan Abdul Hamid ll
Merupakan seorang manusia yang berwibawa yang ingin menaikkan semula imej Empayar Uthmaniyyah gagah perkasa ke mata dunia. Eropah menggelarkan Turki pada ketika itu "Orang Sakit Eropah". Tetapi gelaran itu langsung tidak memberi kesan terhadap baginda sultan malah menaikkan lagi semangat dan azam baginda untuk membuktikan bahawa gelaran itu salah. Setiap permulaan pasti adannya kesudahan, Sultan Abdul Hamid ll akhirnya telah digulingkan oleh rakyatnya sendiri dimana minda mereka telah dimanipulasi oleh orang-orang Yahudi yang membenci baginda atas sebab tidak membenarkan orang Yahudi menjejakkan kaki ke tanah Palestin. Akhirnya baginda meninggal dunia di sebuah istana yang diberi nama Beylerbeyi Palace pada usia 76 tahun. Jasad baginda sultan dikebumikan bersebelahan perkuburan bapa saudaranya, Sultan Abdul Aziz. Semoga baginda dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang-orang Mukmin. Aamiin... Al-Fatihah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan