Jumaat, 3 Ogos 2018

Nicola Tesla

Nicola Tesla (10 Julai 1856 - 7 Januari 1943)

     Nicola Tesla merupakan seorang pereka, ahli fizik, jurumekanik dan jurutera elektrik. Beliau dilahirkan di Smiljan, Croatia dan menjadi warganegara Amerika Syarikat semasa dewasa. Kerja penyelidikannya merupakan asas penciptaan arus elektrik ulang-alik (AC) yang digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik hari ini. Beliau merupakan penyumbang utama di dalam penciptaan barangan elektrik serta lebih dikenali hasil daripada penyelidikannya yang menghasilkan revolusi di dalam pembangunan bidang elektromagnetik pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Paten dan teori kerja beliau menjadi asas kepada teori arus ulang-alik moden, sistem kuasa elektrik termasuk sistem polifasa elektrik yang digunakan dalam pengagihan elektrik. Tesla juga pernah menjadi pembantu kepada Thomas Edison. Unit ukuran SI untuk medan magnet (B), dikenali sebagai Tesla. Ia dinamakan sempena menghormati sumbangan beliau di dalam kemajuan bidang elektrik.

Marie Sklodowska Curie

Marie Sklodowska Curie (7 November 1867 - 4 Julai 1934)

     Marie Curie dilahirkan pada 7 November 1867 di Warsaw, Poland. Beliau berasal dari keluarga yang begitu mementingkan pendidikan. Pada tahun 1891, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Sarbonne, Paris. Marie Curie bertemu dengan Pierre Curie di Paris. Pierre Curie merupakan seorang profesor Fizik di Universiti Paris. Setelah berkahwin, mereka berdua membuat penyelidikan ke atas sumber radioaktif. Dari penyelidikan yang dibuat, mereka mendapati Uranium adalah sejenis bahan radioaktif yang boleh mengeluarkan cahaya seperti X-ray. Mereka juga mendapati bahawa Uranium Ore mengeluarkan pancaran radioaktif yang lebih berbanding dengan Uranium. Ini adalah kerana di dalam Uranium Ore, terdapat sumber radioaktif yang lebih kuat berbanding dengan Uranium. Berkat usaha dan kesungguhan, mereka telah berjaya menjumpai sumber radioaktif Radium dan Polonium. Mereka diberi Hadiah Nobel pada tahun 1903, bersama dengan kawan mereka, Antoine Henry Bacquerel. Pada tahun 1906, Pierre Curie meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Marie Curie meneruskan penyelidikannya mengenai sumber radioaktif. Beliau sekali lagi dianugerahkan Hadiah Nobel Kimia pada tahun 1911. Semasa Perang Dunia Pertama (WW1) pada tahun 1914, Marie Curie telah mengendalikan pasukan van X-ray dan membantu askar-askar yang tercedera. Marie Curie meninggal dunia pada 4 Julai 1934 ketika berusia 67 tahun kerana menghidap penyakit Leukimia yang dipercayai kerana pendedahan secara berlebihan bahan radioaktif ketika melakukan penyelidikannya. Sebagai penghormatan terhadap jasa-jasa beliau, 'Radium Institute' telah ditukarkan namanya kepada 'Curie Institute' selepas kematiannya.

Alexander Graham Bell

Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922)

     Apabila Alexander Graham Bell menemui telefon pada 1876, beliau telah memulakan satu ledakan dalam komunikasi manusia yang masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Sebelum penemuan Bell, cara paling cepat untuk menghantar perutusan kepada seseorang ialah dengan mengirim Kod Morse menerusi wayar telegraf. Namun telegraf tidak dapat menghantar suara manusia menerusi wayar. Sebelum kewujudan telegraf, perutusan segera hanya dapat dihantar dengan kuda, isyarat asap, burung merpati atau dengan kapal. Ramai orang yang berusaha untuk memperbaiki telegraf pada tahun 1870-an, tetapi kedudukan Bell yang unik membolehkan beliau meraih kejayaan cemerlang. Sebagai seorang anak muda,  beliau mengabdikan dirinya untuk membantu golongan pekak dan cuba memperbaiki telegraf untuk mencari pendapatan lebih. Semasa melakukan ujikaji, beliau terdengar bunyi getaran suara melalui seutas wayar pendek yang telah diregangkannya dari sebuah bilik ke sebuah bilik yang lain. Jika para pencipta lain terdengar bunyi yang halus itu, mereka pasti tidak akan memahami kepentingannya. Tetapi bagi Bell, dengan pengetahuannya yang mendalam tentang bagaimana telinga manusia menguatkan getaran, serta-merta Bell menyedari bahawa suara manusia mungkin dapat dihantar menerusi wayar. Dengan itu, lahirlah telefon. Dalam masa satu dekad, penggunaan telefon telah merebak ke seluruh Amerika Syarikat dan tidak lama kemudian ke seluruh dunia.

Alfred Nobel

Alfred Nobel (22 Oktober 1833 - 10 Disember 1896)

     Alfred Nobel dilahirkan pada 22 Oktober 1833 di Stockholm, Sweden. Sejak kecil lagi, Novel merupakan kanak-kanak yang cerdik, suka memerhati dan memikirkan tentang perkara-perkara di sekelilingnya. Beliau juga berminat di dalam bidang sastera. Pada tahun 1850 sehingga 1852, Nobel meneruskan pengajiannya dalam bidang Kimia dan Fizik di Amerika Syarikat dan kemudiannya di Perancis. Setelah kembali ke St.Petersburg, beliau bekerja di kilang senjata api milik bapanya sebagai ketua penyelidikan. Nobel belajar dan bekerja bersungguh-sungguh di kilang milik bapanya itu. Pada tahun 1860, beliau memulakan penyelidikan dalam Nitroglycerine untuk menghasilkan bahan letupan yang lebih kuat. Pada tahun 1863, Nobel berjaya mencipta 'Blasting Cap' untuk membolehkan penggunaan Nitroglycerine. Penciptaannya telah membuka era baru dalam penerokaan terowong dan perlombongan dengan letupan. Namun begitu, Nitroglycerine adakah cecair yang tidak stabil dan merbahaya. Kemalangan sering berlaku dan telah mengorbankan beberapa nyawa, termasuklah adik Nobel sendiri, Emil. Nobel tetap meneruskan usaha penyelidikannya. Pada tahun 1866, Nobel berjaya menjadikan Nitroglycerine dalam bentuk pepejal dengan mencampurkan Kieiselghur ke dalam cecair itu. Penciptaan itu merupakan kejayaan yang besar kerana ia menghasilkan bahan letupan dalam bentuk yang lebih selamat, mudah digunakan dan menjamin keselamatan dalam proses pengangkutan. Ciptaannya diberi nama 'Dynamite' iaitu bahan letupan yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Dalam tahun 1895, Nobel telah mengasaskan 'Nobel Prize' dalam wasiatnya. 'Nobel Prize' merupakan anugerah yang paling berwibawa pada hari ini. Nobel meninggal dunia pada 10 Disember 1896 ketika usianya menjangkau 63 tahun.

Guglielmo Marconi

Guglielmo Marconi (25 April 1874 - 20 Julai 1937)

     Semasa berusia 20 tahun, Guglielmo Marconi mempunyai impian untuk menghantar isyarat dari satu penjuru ke satu penjuru lain dunia melalui udara tanpa menggunakan wayar. Apabila usianya 23 tahun, beliau telah berjaya mencapai impiannya. Pemuda ini, dengan berbekalkan sedikit pendidikan formal dan bekerja di loteng rumah bapanya, pencapaiannya menghairankan ahli-ahli sains yang terpenting pada zaman itu. Pada tahun 1895, penggunaan tenaga elektrik masih baru. Tenaga elektrik digunakan sebagai sumber cahaya di rumah hanya 14 tahun selepas itu. Pada waktu itu, maklumat boleh dihantar dengan cepat dan jelas melalui telefon dan telegraf. Walau bagaimanapun, kedua-dua cara komunikasi ini mempunyai satu kelemahan yang penting iaitu pendawaian sangat diperlukan supaya pesanan dapat mengalir sebagai impuls elektrik. Impian Marconi untuk menghantar maklumat tanpa menggunakan wayar umpama suatu fiksyen sains. Setelah kejayaan awal dicapai, Marconi meneruskan ujikaji dengan cekal dan gigih. Mulanya, beliau menghantar pesanan merentasi loteng. Kemudian, pesanan menerusi lautan pula. Akibat daripada sifat ingin tahu dan sifat degilnya, kita sekarang mempunyai televisyen satelit, radio komersial, komunikasi laser dan keajaiban-keajaiban lain yang sekarang digelar 'perkampungan sawa jagat'.

Sabtu, 28 Julai 2018

Henry Ford

Henry Ford (30 Julai 1863 - 7 April 1947)

     Henry Ford dilahirkan pada 30 Julai 1863 di Greenfield, Michigan, Amerika Syarikat. Beliau berasal daripada golongan keluarga berada yang mengusahakan bidang pertanian. Namun begitu, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan sejak dari kecil lagi. Pada tahun 1879, beliau memegang jawatan sebagai jurutera di sebuah syarikat Edison Illuminative Company. Pada tahun 1896, beliau telah berjaya membina 'Quadricycle', hasil penyelidikan yang bersungguh-sungguh. Walaupun Henry Ford bukanlah orang pertama yang mencipta kereta yang menggunakan petrol untuk bergerak, namun beliau merupakan salah seorang penyumbang dan perintis terhadap kemajuan perindustrian kereta. Henry Ford menubuhkan Syarikat Ford pada pada tahun 1903. Pada tahun 1908, Syarikat Ford berjaya mengeluarkan kereta Model T. Kejayaan ini merupakan impian Henry Ford. Kereta pengeluaran Syarikat Ford mendapat sambutan yang baik dan semakin terkenal. Ini adalah kerana ia bukan sahaja mudah untuk dioperasikan malah mudah dalam penyelenggaraan dan dapat berjalan dengan lancar walaupun di atas permukaan jalan yang kasar dan tidak rata. Sehingga tahun 1918, separuh dari kereta di Amerika Syarikat terdiri daripada kereta Model T. Pada tahun 1910, Ford telah menubuhkan sebuah kilang pengeluaran kereta yang besar untuk memenuhi permintaan terhadap kereta Model T yang semakin meningkat. Syarikat Ford menjadi syarikat pengeluaran kereta yang terbesar di dunia. Beliau meninggal dunia pada 7 April 1947.

Jumaat, 29 Jun 2018

Al-Battani

Al-Battani (858 Masihi - 929 Masihi)

     Al-Battani adalah ilmuwan Iraq yang hidup pada tahun 850-923 Masihi . Beliau merupakan ahli astronomi terbesar di kalangan orang Arab. Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Jabir ibn Sinan al-Raqqa Al-Harrani Al-Sabiʾ Al-Battani. Beliau lahir di Harran dekat Urfa. Salah satu pencapaiannya yang terkenal adalah tentang penentuan tahun matahari sebagai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat.
     Al-Battani mendalami astronomi sejak berusia 20 tahun hingga akhir hayatnya. La Lande, ahli Astronomi dari Perancis mengatakan bahawa Al-Battani termasuk salah seorang dari 20 orang besar ahli astronomi dalam sejarah manusia. Ia juga mengatakan dalam bukunya yang berjudul Sejarah Alam Semesta bahawa Al-Battani merupakan ahli astronomi paling besar pada bangsa dan zamannya, selain salah seorang ilmuwan besar Islam. 
     Para ilmuwan astronomi sebelumnya banyak merujuk kajian astronomi kepada ilmu astronomi Yunani terutama kepada karya-karya Ptolomeus dan ilmu astronomi India. Naskah teoritis dan mendasar mereka adalah buku Ptolomeus yang dikenal oleh orang Arab dengan judul 'Al-Majesty'.
     Para ahli astronomi Arab banyak yang mengikuti Ptolomeus yang berpendapat bahwa bumi dian dan dikitari oleh delapan planet: Matahari, bulan, 5 planet dan bintang. Untuk membuktikan kesesuaian antara tatanan seperti itu dan kenyataan yang ada, dia meletakkan aturan perputaran dan hitungan matematisnya. Akan tetapi dengan berlalunya waktu tahu, Bangsa Arab tahu mengenai kelemahan Ptolomeus sehingga mereka mengkritiknya tanpa memberikan jalan keluar.
     Kegiatan Al-Battani tercurahkan kepada yang dinamakan Al-Zayj atau kalender astronomi yang dia buat pada tahun 900 Masihi dengan sangat cermat dan tepat. Pengamatannya yang sangat tepat mengenai gerhana matahari menjadi dasar yang pasti bagi pengamatan sejenis hingga tahun 1749 Masihi.
     Bukunya Al-Zayj berisi hasil-hasil peneropongannya terhadap bintang-bintang tetap. Buku tersebut telah diterjemahkan juga ke dalam bahasa Latin dan bahasa Sepanyol.
     Pengaruhnya sangat besar bukan saja dalam bidang ilmu astronomi untuk kalangan bangsa Arab saja, melainkan juga dalam ilmu astronomi dan hitungan segitiga lingkaran pada bangsa Eropah pada abad pertengahan dan awal Renaissance. Dia telah menetapkan hitungan yang sangat tepat mengenai panjang hitungan tahun dan pembagian musimnya serta peredaran yang pasti untuk Matahari.
     Al-Battani juga membenarkan ucapan Ptolemeus mengenai tetapnya posisi bumi yang berjauhan dengan matahari dengan membangun dalil atas perubahan yang terjadi pada teori yang ditemukan Ptolomeus dan dengan mengikuti gerakan rata-rata planet tersebut. Akhirnya Al-Battani mendapatkan kesimpulan bahawa penyesuaian waktu berubah sangat lambat. Al-Battani juga memastikan perubahan sudut tampak matahari dan kemungkinan terjadinya gerhana matahari secara keseluruhan. 
     Selain itu, Al-Battani juga meluruskan sejumlah pengetahuan mengenai gerakan bulan dan bintang. Dia membuat teori baru yang menunjukkan tingkat kecerdasan dan keluasan kawasannya yang menjelaskan kondisi dimana bulan akan terlihat dan memantapkan gerakan rata-rata yang ditemukan oleh Ptolemeus.
     Dia juga memiliki hasil peneropongan gerhana bulan dan gerhana matahari yang dijadikan contoh oleh Dantrhone pada tahun 1749 Masihi tentang batas kepantasan bulan dalam satu abad. Dia memberikan pemecahan yang sangat bagus melalui pencarian titik tengah bagi segitiga lingkaran.
     Dalam bidang ilmu, pasti Al-Battani adalah orang yang pertama kali memasukkan sinus dan cosinus dalam ilmu hisab. Dia menggunakan sinus dan cosinus sebagai ganti hipotenus yang banyak digunakan oleh orang Yunani. Lalu dia menyempurnakan definisi bayangan temu dan bayangan inti, selain membuat daftar untuk dua perkara tersebut.
     Penemuan hukum segitiga sama sisi yang sempurna pun dinisbahkan kepadanya. Selain itu, dia juga memecahkan berbagai persoalan hitungan ala Yunani dengan menggunakan cara ilmu ukur untuk mengetahui perincian ukurannya.
     Hasil yang dicapai oleh Al-Battani dalam ilmu Astronomi mendapatkan tempat dalam sejarah ilmu pengetahuan. Dia adalah seorang ahli ilmu astronomi yang bijaksana tanpa menggunakan peralatan yang canggih dan baru ditemukan pada abad ke-17. Kejayaannya kembali kepada dua hal berikut.
     Pertama dia menggunakan metode dan alat teropong yang jauh lebih maju daripada yang dimiliki oleh orang Yunani. Bahkan sebagian peralatan yang ada yang tidak diketahui sama sekali oleh mereka. 
     Kedua, dia menggunakan hitungan yang tepat dalam menghitung persoalan-persoalan yang dihadapinya dalam ilmu astronomi. Hitungan yang dipergunakan jauh lebih maju daripada yang dipergunakan oleh orang Yunani, termasuk hitungannya dalam berbagai segitiga yang juga belum dikenali oleh mereka.

Ibnu Nafis

Ibnu Nafis (1213 Masihi - 1288 Masihi)

     Al-Din Abu Hasan Ali bin Abil Al-Hazm Al-Qarashi Al-Damashqi atau lebih dikenali sebagai Ibnu Nafis. Beliau lahir pada tahun 1213 Masihi di Damascus, Syria.
     Ibnu Nafis juga mempunyai nama panggilan 'The Second Avicenna'. Beliau menempuh pendidikan kedoktoran di Medical College Hospital.
     Sebagai doktor, Ibnu Nafis tidak pernah puas dengan ilmu kedoktoran yang beliau sedia miliki sehinggakan beliau terus memperkaya ilmu kedoktorannya dengan sering melakukan pemerhatian. Dialah doktor pertama yang mampu menerangkan dengan tepat tentang paru-paru dan memberikan gambaran melalui sistem pernafasan. Beliau juga dikenali sebagai doktor dengan pemikiran murni terbebas daripada pemikiran Barat.
     Penemuan terpenting Ibnu Nafis adalah keberhasilannya menemukan peredaran darah kecil (Pulmonary Circulation) yang berfungsi untuk mengalirkan darah dari hati ke paru-paru untuk menyingkirkan Karbon Dioksida dan menggantikannya dengan Oksigen.

Ibnu Rusyd

Ibnu Rusyd (1126 Masihi - 1198 Masihi)

     Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad. Beliau lahir pada  1126 Masihi dan meninggal dunia pada 1198 Masihi. Beliau merupakan ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fiqh Mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains.
     Beliau dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi. Beliau dianggap sebagai ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam bahkan juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenali sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme.
     Ibnu Rusyd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama. Bapa dan datuknya merupakan kadi di Cordova (sekarang Sepanyol). Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.
     Ibnu Rusyd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.
     Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal 'Al Taysir'. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul 'Facilitation of Treatment'.
     Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cordova.
     Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai Mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.
     Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Cordova. Kehadirannya di Cordova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.
     Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198 Masihi.
     Karya-karya lain Ibnu Rusyd termasuk Pengantar Ilmu Falsafah, Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.
     Beliau juga telah menulis sebuah buku muzik yang diberi judul 'De Anima Aristoteles' (Commentary on the Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini membuktikan betapa Ibnu Rusyd begitu terpengaru dan tertarik oleh ilmu logik yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle.
     Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

Abbas ibn Firnas

Abbas Ibn Firnas (810 Masihi - 888 Masihi)

     Abbas Ibn Firnas merupakan salah seorang pakar sains Islam yang meninggal dunia pada tahun 888 Masihi.
Abbas Ibn Firnas merupakan Berber Sepanyol kemanusiaan, pakar teknologi dan ahli kimia.
     Pada abad ke sembilan Masihi, kesemua kecuali jalur utara Sepanyol masa kini dan Portugis membentuk Andalusia Kekhalifah 
Cordova.Ini merupakan mercu Kesenian dan Sains Islam. Cordova dan Baghdad merupakan pusat kebudayaan kembar di dunia.
     Pada 822, seorang Khalifah baru dilantik bernama Abdul Al-Rahman II menaiki takta dan dia mula mengumpul orang yang berkebolehan. Dia bermula dengan ahli muzik Iraq bergelar Ziryab yang bererti burung hitam (gelaran yang menghormati kebolehan menyanyinya, dan perwatakan dramatik). Nama sebenarnya adalah Abu al-Hasan Ali ibn Nafi'. Guru muzik yang cemburu telah mengusir Ziryab keluar dari Baghdad. Oleh itu Khalifah menggajinya dengan gaji yang mewah.
     Di Cordova, Ziryab mencipta bentuk muzik baru. Dia  Tetapi dia juga merupakan penaung bagi bidang sains. Dia yang memperkenalkan lute kepada Sepanyol, dan menambah julatnya dengan menambah tali kelima. Dia menggalakkan perkembangan astronomi, perubatan, dan banyak teknologi baru. Salah seorang daripadanya adalah seorang astronomi Berber yang muda dan penyair bernama Abbas Ibn Firnas.
     Pada tahun 852, di bawah Khalifah baru, seorang pelagak ngeri yang bernama Armen Firman memutuskan untuk terbang dari menara di Cordova. Dia melayang kebumi, menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya. Dia terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas yang masih muda hadir dan menyaksikannya.
     Seperti Ziryab, Ibn Firnas terbabit dalam pelbagai usaha. Dia mendalami kimia, fizik, dan astronomi. Dia menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata. Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir, dan dia menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia juga memajukan proses bagi memotong kristal batu. Sehingga masa itu, hanya orang-orang Mesir tahu cara mengilap kristal. Dengan itu, Sepanyol tidak lagi perlu mengeksport kuartz ke Mesir, tetapi mampu menyiapkannya sendiri.
     Pada tahun 875 Masihi, Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera dan pengkritiknya menyatakan bahawa dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam dan mendarat pada ekornya. Dia tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu. Kematiannya, hanya dua belas tahun selepas itu, mungkin sedikit sebanyak diakibatkan oleh kecederaannya.
     Ketika orang-orang Barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam mengajar anak-anak mereka mengenai Ibn Firnas, seribu tahun sebelum Wright. Libya mengeluarkan setem sebagai memperingatinya. Iraq membina patung bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya. Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya.

Khamis, 28 Jun 2018

Napoleon Bonaparte

Napoleon Bonaparte (15 Ogos 1769 - 5 Mei 1821)

     Napoleon Bonaparte adalah anak kedua dari tujuh adik-beradiknya lain yang bernama Maria Anna Bonaparte dan Joseph Bonaparte. Bapa beliau bernama Carlo Bonaparte manakala ibunya bernama Maria Letizia Romalino. Beliau lahir di Corsica pada 15 Ogos 1769. Walaupun lahir di Perancis, Napoleon mempunyai darah Itali. Pada umur 10 tahun, beliau dihantar ke sekolah Brienne Le Chateau. Sekolah tersebut merupakan sekolah tentera dan di sanalah Napoleon mula tertarik terhadap peperangan dan kuasa.
     Setelah berjaya dengan cemerlang dalam pembelajarannya di Brienne Le Chateau, Napoleon melanjutkan lagi pembelajarannya ke sekolah angkatan laut dan mempelajari mengenai unit artileri. Beliau merupakan seorang murid yang pintar. Tugasan yang sepatutnya diselesai dalam masa dua hingga tiga tahun, dia berjaya tamatkannya hanya dalam masa satu tahun. Beliau mendapat pangkat Leftenan Muda sewaktu beliau lulus di sana.
     Ketika itu, Perancis sedang dilanda rusuhan. Penduduk Perancis tidak menyukai pemerintahan monarki dan menginginkan demokrasi. Napoleon memanfaatkan kesempatan ini untuk naik ke puncak pemerintahan. Dalam tempoh berlakunya rusuhan itu, Napoleon akhirnya menang melawan Inggeris. Beliau pun diangkat menjadi Jeneral Brigadier di usia muda.
     Lalu, pada usia 25 tahun, Napoleon diangkat menjadi Panglima Perang Kerajaan Perancis. Setelah berjaya dalam  beberapa peperangan, rakyat Perancis memilih beliau untuk menjadi Konsul pertama kerajaan itu pada 1802. Dua tahun kemudian, Napoleon Bonaparte diangkat menjadi Kaisar Perancis. Beliau mula menakluk hampir seluruh benua Eropah melalui perang dan diplomasi selama 11 tahun menjadi Kaisar/Maharaja.
     Saudara-saudaranya pun diangkat menjadi raja atau pemimpin di negara-negara yang telah ia takluki oleh beliau. Adiknya, Louis Napoleon diangkat menjadi raja di Belanda. Joseph Napoleon diangkat menjadi  raja di Sepanyol dan Jenderal Bernadotte di Sweden. Joseph Poniatowski juga diangkat menjadi ketua negara Poland.
     Namun pada 1812, pasukan Perancis yang dipimpin oleh Napoleon Bonaparte mengalami kekalahan di Rusia. Sejak dari saat itu, pasukan Perancis semakin melemah. Sehinggalah pada 1814, pasukan Perancis kalah dalam melawan Tentera Pihak Gabungan dari Rusia, Britain, Prussia dan Austria. Napoleon pun diturunkan dari takhtanya dan diasingkan ke Pulau Elba. Tetapi beliau berjaya keluar dari situ dan kembali semula ke Perancis.
     Napoleon kembali melawan Britain dalam Perang Waterloo. Sayangnya, Napoleon dan pasukannya kalah. Beliau serta merta dijadikan tawanan oleh Britain dan diasingkan ke Pulau St. Helena. Napoleon akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah enam tahun diasingkan. Menurut para doktor yang memeriksanya, Napoleon meninggal akibat kanser perut.

Albert Einstein

Albert Einstein (1879 - 1955)

     Beliau dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Ulm, Jerman. Beliau adalah tokoh abad ke-20 kerana sumbangan dan kebijaksanaannya terhadap kemajuan sains sejagat. Pada zaman kanak-kanak, Einstein dikatakan mempunyai otak yang lembab dan daya ingatan yang lemah. Beliau lebih berminat belajar secara bersendirian di rumah daripada pergi ke sekolah. Buku geometri dan sains merupakan buku kegemaran beliau sejak kecil lagi. Beliau juga pernah gagal dalam peperiksaan peringkat menengah.
     Kerjayanya dalam bidang sains bermula dengan berkhidmat sebagai guru sekolah menengah (tahun 1900 - 1902), setelah tamat pengajian di Swiss Federal Institute of Technology. Selepas itu beliau bekerja di Pejabat Paten Swiss di Bern daripada tahun 1902 hingga 1909. Pada tahun 1909 beliau menjadi penolong pensyarah di Universiti Zurich. Selepas itu menjadi profesor di Universiti Prague dan kemudian berpindah ke Politeknik Zurich. Kemudian beliau dilantik menjadi Pengarah Institut Fizik Kaiser Wilhem Gesellschaft di Berlin pada tahun 1914.
     Semasa pemerintahan Nazi di Jerman, beliau berhijrah ke England dan Amerika pada tahun 1933. Walaupun beliau memperkenalkan formula tenaga E=mc² yang menjadi perintis penyelidikan bom atom, tetapi beliau amat kecewa dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Beliau tidak menyangka usahanya itu mendatangkan kemusnahan kepada dunia. Einstein juga memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1955 atas penemuan kesan fotoelektrik.
     Einstein pernah berkata, "Alam tidak berjalan dengan sendiri tetapi ada kuasa mutlak yang mengawalnya". Einstein adalah seorang pemalu, suka menjauhkan diri dari khalayak ramai, suka menghiburkan rakan-rakannya, sangat berminat kepada muzik dan merupakan pemain biola yang baik, tidak mementingkan gaya dan pakaian dan kerap tidak memakai stoking ketika berada di suatu majlis.

Thomas Alva Edison

Thomas Alva Edison (1847 - 1931)

     Beliau dilahirkan pada 11 Februari 1847 di Milan, Ohio dan meninggal dunia pada 18 Oktober 1931. Edison digelar bapa reka cipta moden atau pereka teragung kerana mempunyai 1093 paten hasil ciptaannya. Sumbangan yang terbesar ialah dalam mencipta mentol lampu pada tahun 1879. Edison telah menghasilkan lebih daripada 1000 jenis filamen sebelum beliau mempunyai logam tungsten yang masih digunakan pada hari ini. Lain-lain sumbangannya meliputi bidang elektrik, perhubungan, ketenteraan, perlombongan, pembinaan dan perfileman.
     Semasa kecil, beliau terkenal sebagai seorang yang rajin berusaha sendiri. Edison sempat mendapat pendidikan formal di sekolah selama tiga bulan sahaja dan selepas itu diberhentikan kerana gurunya menganggap beliau telah terencat akal. Selepas berhenti sekolah, ibunya yang mengajar Edison di rumah. Edison membuktikan bahawa beliau seorang yang pintar dan mampu mengingat segala buku yang dibacanya.
     Ketika berumur 10 tahun beliau telah membuat berbuah makmal sendiri di tingkat bawah tanah rumahnya. Akibat kesusahan hidup beliau terpaksa bekerja pada usia 12 tahun. Antara pekerjaan yang pernah dilakukan ialah menjual surat khabar di dalam kereta api dan menghantar telegram. Pada usia remaja telinganya menjadi separuh pekak akibat kemalangan kereta api. Walau bagaimanapun kecacatan ini tidak mematahkan semangat beliau untuk menghasilkan kuantiti kerja yang luar biasa.
     Ciptaannya yang pertama ialah menghasilkan mesin untuk mencatat undi secara mekanikal ketika usianya 21 tahun. Sebuah makmal penyelidikan industri yang pertama di Amerika yang diberi nama 'Kilang Mencipta' telah dibina oleh Edison di Menlo Park, New Jersey. Di bilik makmalnya diletakkan sebuah katil kecil untuk berehat. Edison meyakini kemampuannya untuk mencipta dan beliau berjaya mencipta satu produk setiap 10 hari selama empat tahun. Pada 21 Oktober 1929 beliau diberi penghargaan "The Light's Goleen Jubilee". Antara kata-katanya yang boleh dijadikan motivasi untuk berjaya ialah :
     - Saya tidak pernah gagal tetapi saya telah menjumpai 10 000 cara yang jika dilakukan, akan dapat menghasilkan keputusan yang amat memuaskan.
     - Ketidakpuasan adalah keperluan pertama untuk maju.
     - Kejayaan berdasarkan 1% inspirasi dan 99% keringat.
     - Nilai bagi sesuatu idea bergantung sejauh mana kita menggunakannya.
     - Apa yang anda mahu bergantung kepada apa yang anda lakukan.
     - Ada satu cara untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik (cari cara tersebut sehingga dapat)

Rabu, 27 Jun 2018

Warren Buffett

Warren Buffett (30 Ogos 1930 - kini)

     Pelabur terkemuka pada abad ke-21 Warren Buffett dilahirkan pada 1930 di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat. Sejak kecil lagi beliau gemar bermain dengan nombor. Ketika beliau berumur enam tahun, beliau pernah membeli gula-gula getah dan air berkarbonat dari kedai datuknya lalu menjualnya untuk mendapat untung.
     Apabila Warren mula menabung dan semakin menaruh minat menyimpan wangnya yang semakin bertambah, ayahnya mula membantunya melabur dalam pasaran saham. Beliau mempelajari teori 'pelaburan nilai' dengan melabur dalam syarikat yang berpotensi dan mempunyai nilai masa depan selepas menelitinya dalam masa yang lama serta melihat prestasi pasaran saham semasa. Pada usia sebelas tahun, beliau telah melabur dalam bursa saham buat kali pertama dan berjaya mendapat keuntungan sebanyak $3 pada setiap minggu.
     Dalam usia belasan tahun, Warren seronok bekerja sebagai penghantar surat khabar. Tidak seperti budak penghantar akhbar yang lain, beliau telah membahagikan kawasan penghantarannya secara sistematik agar beliau dapat menghantar jumlah akhbar yang banyak dalam masa yang paling singkat. Keupayaan beliau membuat pelan penghantaran tersebut telah membuahkan hasil bila mana beliau berjaya memperoleh gaji yang lebih tinggi berbanding pekerja biasa yang dewasa.
     Warren mengikuti pengajian perniagaan di kolej seperti yang ayah beliau harapkan. Kemudian melanjutkan pelajaran di Colombia Business School di bawah bimbingan Benjamin Graham, individu yang pertama memperkenalkan pelaburan nilai. Selepas tamat pengajian, Buffett memulakan langkah pertamanya sebagai pelabur profesional dengan menubuhkan syarikat pelaburan perkongsian yang memberikan keuntungan lumayan kepadanya. Pada usia semuda 32 tahun, nama Buffett telah tersenarai sebagai seorang jutawan.
     Semasa bekerja dalam syarikat pelaburan perkongsian, beliau telah membeli saham Berkshire Hathaway yang menghadapi krisis perniagaan dan mengambil alih perniagaan syarikat. Selepas itu, beliau telah membubarkan pelaburan perkongsian yang memberi banyak keuntungan sebelum ini dan muka melabur sendirian dalam syarikat Berkshire Hathaway. Dengan kejayaannya dalam bidang pelaburan, beliau telah dipilih oleh majalah Forbes pada tahun 2008 sebagai orang paling kaya di dunia.
     Selepas menikmati segala kemewahan dari hasil titik peluhnya, Warren Buffett mula menyedari hakikat bahawa nilai wang akan terhakis sekiranya hanya menyimpan tanpa membelanjakannya. Justeru, beliau telah mengumumkan bahawa beliau akan mendermakan lebih separuh daripada seluruh hartanya kepada masyarakat yang memerlukan. Sehingga kini, beliau masih melalui kehidupan serba mewah tetapi penuh bermakna dengan berkongsi kekayaannya dengan orang-orang yang memerlukan.

Steve Jobs

Steve Jobs (1955 - 2011)

     Steve Jobs dilahirkan di San Francisco, California pada tahun 1955. Beliau diterima angkat oleh Paul dan Clara Jobs semasa beliau hanya berumur satu bulan.
     Semasa sekolah tinggi, Steve Jobs menemui Steve Wozniak. Kedua-dua mereka mempunyai minat yang sama terhadap alat-alat. Mereka berdua berupaya memasang peranti elektronik bahkan memasang sebuah komputer.
     Steve masuk ke kolej semasa beliau berumur 17 tahun, tetapi beliau tidak dapat melenyapkan keghairahan beliau terhadap komputer dan akhirnya berhenti sekolah. Beliau mengambil keputusan untuk mendirikan syarikat komputer bersama rakannya Wozniak. Mereka menamakan syarikat mereka Apple, dan bekerja bertungkus lumus untuk menghasilkan komputer mereka yang pertama, Apple l dan Apple ll. Sebelum ini komputer diwujudkan hanya untuk pakar-pakar sahaja, tetapi Apple ll telah membawa komputer ke arena seharian rakyat jelata, mewujudkan satu ledakan dalam industri komputer.
     Walaupun menjadi seorang jutawan semasa berumur 25 tahun, Jobs kemudiannya menghadapi kegagalan demi kegagalan malah ditendang keluar dari syarikat sendiri. Tapi beliau tidak pernah berputus asa. Jobs yang begitu dihantui oleh komputer mengalih perhatian beliau pula ke tempat lain dan mengambil alih sebuah syarikat filem animasi yang bernama Pixar. Filem cerita mereka yang pertama mencapai kejayaan dan menjadikan Jobs seorang jutawan semula.
     Selepas Steve Jobs meninggalkan Apple, syarikat tersebut mengalami kesulitan kewangan. Mereka meminta Jobs kembali ke syarikat, dengan kerelaan beliau kembali menjawat posisi lepas. Selepas pengembalian beliau, Apple telah membangunkan sebuah produk baru yang dinamakan iMac G3, yang dijual sebanyak 800,000 unit, terbukti sebagai kejayaan yang besar sekali.
     Steve Jobs mengubah arah dunia digital secara global dengan pelepasan pemain iPod mp3 mudah alih, telefon pintar iPhone dan komputer bentuk tablet iPad. Pada tahun 2004, beliau dijangkiti penyakit kanser pankreas dan berjaya menyingkirkannya. Sebagai suatu ikon bagi era digital, Steve Jobs terus melakukan perkara-perkara yang hebat. Namun Steve Jobs tetap menghadapi masalah kesihatan dan meninggal dunia pada 5hb Oktober tahun 2011.

Steven Spielberg

Steven Spielberg (1946 - kini)

     Steven Spielberg dilahirkan pada 18 Disember 1946 di Cincinnati, Ohio Dan suka filem sejak kecil. Dengan kamera 8mm bapanya, beliau mula buat filem lokanan adiknya dan kawan-kawannya. Pada umur 13 tahun, beliau membuat filem perang 40 minit yang berjudul "Escape To Nowhere". Kemudian, apabila di sekolah tinggi, beliau berjaya siapkan filem panjang yang berjudul "Firelight" yang ditayangkan di pawagam tempatan dengan bayaran masuk. Perbelanjaan filem itu $400 dan pulangan $500 dan mendapat sambutan hangat serta muncul dalam surat khabar tempatan.
     Keghairahan Spielberg terhadap filem berterusan di kolej. Apabila beliau membuat filem yang dipanggil "Amblin", beliau diberi peluang jawatan oleh Sid Sheinberg di Universal Studios. Pada umur 20 tahun, beliau menjadi pengarah termuda yang menandatangani kontrak jangka masa panjang dengan Universal Studios sebagai pengarah sepenuh masa. Drama televisyen pertama "Night Gallery" tidak memuaskan tetapi filem televisyen yang seterusnya "Duel" telah mendapat sambutan hangat.
     Pada tahun 1971, potensi Spielberg diakui dalam arahan filem teater sulungnya "The Sugarland Express". Tahun berikutnya, beliau diberi jawatan pengarah untuk filem "Jaws". Selepas "Jaws" menjadi terkenal dengan pencapaian yang menakjubkan, bukan sahaja di US tetapi seluruh dunia, beliau terus menghasilkan "Close Encounters of the Third Kind" dan "1941". Pada tahun 1978, beliau mula menjadi pengeluar filem bermula dengan "I Wanna Hold Your Hand" dan seterusnya membantu ramai pengarah baru untuk mendapatkan permulaan yang baik.
     Pada 1981, Spielberg mengarahkan "Raiders of the Lost Ark", Siri pertama "Indiana Jones" yang dikeluarkan oleh kawannya, George Lucas. Apabila "E.T" ditayangkan pada tahun berikutnya, Spielberg menjadi pengarah yang berturutan. Sesetengah orang memandangnya sebagai pengarah yang cuma menghasilkan filem untuk hiburan, manakala pengkritik filem pula mengatakan beliau tidak cuba kembangkan dirinya secara artistik. Pada tahun 1993, Spielberg memenangi tujuh anugerah Oscar untuk "Schindler's List" termasuk Pengarah Filem Terbaik dalam Anugerah Akedemi ke-66. Tambahan pula, "Jurassic Park" yang ditayangkan pada tahun yang sama telah memecahkan rekod kutipan jualan tiket dan mencetuskan daya tarikan dinosaur di seluruh dunia. Selepas itu, Spielberg menubuhkan Amblin Entertainment dan DreamWorks untuk mengasah bakat baru dan mengeluarkan filem berkualiti.
     Kehebatan Steven Spielberg (Pengarah dan produser filem) dinanti-nantikan oleh penggemar filem, masih kerja keras, mencipta apa yang melebihi kebatasan imaginasinya.

Selasa, 26 Jun 2018

Jabir Ibnu Hayyan

Jabir Ibn Hayyan (721 Masihi - 815 Masihi)

     Nama sebenarnya adalah Abu Abdullah Jabir bin Hayyan Al-Kufi As-Sufi. Dilahirkan pada tahun 721 Masihi dan meninggal dunia pada ketika berumur 94 tahun. Di Barat, beliau dikenali sebagaj Geber. Beliau terkenal sebagai bapa ilmu kimia dan merupakan seorang pertama yang bercakap mengenai ilmu kimia, membina makmal sains kimia dan menjalankan eksperimen secara sistematik.
     Beliau mempunyai makmal peribadi di rumahnya untuk melakukan eksperimen. Jabir percaya bahawa ilmu falsafah dapat meningkatkan daya pemikiran seseorang. Lalu, beliau telah memilih Socrates sebagai idolanya. Beliau menganggap Socrates adalah bapa ahli falsafah dan pemimpin ahli falsafah keseluruhannya.
     Penguasaan beliau dalam bahasa Yunani memberikan kelebihan kepada beliay untuk menterjemah buku-buku sarjana Yunanj seperti astronomi, ilmu ukur, ilmu logik ke bahasa Arab. Prinsip hidup beliau yang menekankan ketekunan yang luar biasa dalam melakukan sesuatu serta banyak menulis bidang-bidang ilmu yang diketahuinya menyebabkan beliau terkenal bukan sahaja di dunia Islam malah di Barat.
     Beliau menimba ilmu melalui pembacaan dan berguru dengan Khalid bin Yazid bin Mu'awiyah dan Imam Ja'afar Ash-Shadiq. Banyak hasil karya beliau telah diterjemah ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris oleh sarjana Barat bagi memperkayakan khazanah ilmu di Barat. Beliau telah menulis 300 buku falsafah, 2300 artikel mengenai peralatan perang, 500 buku kedoktoran, buku serangga 300 halaman, 500 buah buku yang menolak beberapa teori falsafah, buku mengenai zuhud dan nasihat, buku mengenai mantera dan buku sains menurut Aristotle. Antara sumbangan beliau dalan sains ialah menemui bahan alkali, mempopularkan kaedah penyulingan, penurasan, penyejatan, penghabluran, penurunan dan pengkalsinan.

Louis Pasteur

Louis Pasteur (1822 - 1895)

     Beliau dilahirkan di Dole, Perancis dan merupakan saintis kimia yang menjumpai kuman. Pasteur dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Bapanya bekerja sebagai penyamak kulit-kulit binatang. Guru disekolah menggelarnya sebagai seorang pelajar biasa yang baik. Beliau seorang yang tidak mudah menerima pendapat atau idea orang lain walaupun idea sendiri tidak difahaminya. Beliau melanjutkan pelajaran daripada wang simpanan bapanya yang akhirnya ditawarkan menjadi Profesor Kimia di Strasbourg pada tahun 1849. Pada tahun 1888 pula beliau dilantik sebagai Pengarah Yayasan Pasteur.

Andre Marie Ampere

Andre Marie Ampere (1775 - 1863)

     Seorang ahli fizik dan matematik berbangsa Perancis. Digelar sebagai 'Newton Elektrik' kerana penemuannya dalam kemagnetan dan elektrik. Beliau mempelajari fizik daripada bapanya yang merupakan seorang guru. Ampere juga berminat dalam falsafah, sastera dan puisi. Disebabkan minat yang mendalam terhadap fizik, beliau telah menjadikan bilik tidurnya sebagai makmal untuk membuat eksperimen fizik.

Sir Isaac Newton

Sir Isaac Newton (1642 - 1727)

     Beliau dilahirkan di Woolsthorp, England pada tahun 1642. Newton dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan dan tubuhnya sangat kecil. Ayahnya seorang petani yang miskin dan tidak pandai membaca. Di Barat, beliau dianggap sebagai saintis terulung kerana sumbangannya dalam bidang sains. Di sekolah, beliau dianggap sebagai pelajar yang lemah. Disebabkan faktor kemiskinan, ibunya mahu beliau berhenti sekolah. Namun beliau tetap meneruskan pengajiannya sehingga memperoleh Ijazah pertama dalam sastera pada tahun 1665 dan ijazah sarjana sastera pada tahun 1668.
     Ketika itu bidang sastera mengandungi komponen metafizik, matematik dan sains. Beliau mula pakar dalam kimia, agama, fizik dan matematik. Walau bagaimanapun beliau lebih meminati kimia dan agama berbanding bidang lain. Karya sainsnya yang teragung ialah 'Philosophiae Naturalis Principia' yang ditulis pada tahun 1666 dalam bahasa Latin. Beliau juga menulis tentang bidang optik pada tahun 1704, 'On Nature of Acids' pada 1710, 'The Chronology of Ancient Kingdom Amended' pada tahun 1728 dan 'Observations Upon The Prophercies of Daniel and Apocalypse of St.John' pada tahun 1733.
     Negara Barat menganggap Newton sebagai penemu konsep graviti, fenomena pasang surut air, gerhana, gerakan bulan dan planet, kajian mekanik dan gerakan. Sebenarnya konsep graviti telah dahulu dibincangkan oleh saintis Islam pada kurun ke-10 seperti Ibnu Al-Haitham, Al-Khazini, Al-Biruni sementara Al-Kindi telah menerangkan fenomena pasang surut air pada kurun ke-9 lagi. Sementara Hukum Gerakan Newton yang ditemuinya pada kurun ke-17 telah dibincangkan oleh saintis Islam sejak kurun ke-10 lagi.
     Newton juga dikenali sebagai saintis yang kuat agama walaupun pendapatnya berbeza mengenai agama Kristian. Semasa hayatnya beliau pernah berkata, "Jangan kamu ragu terhadap Tuhan pencipta, kerana menurut penelitiannya berdasarkan kepada pergerakan bintang-bintang yang ada sekarang, pergerakan itu tidak mungkin terjadi semata-mata daripada perbuatan tarik-menarik antara satu planet dengan planet lain, tentu ada suatu kuasa lain yang Maha Kuasa yang mengaturkan perjalanannya tanpa terjadi sebarang pelanggaran". Beliau meninggal dunia pada tahun 1727 ketika usianya 85 tahun.

Archimedes

Archimedes (287 Sebelum Masihi - 212 Sebelum Masihi)

     Archimedes ialah seorang saintis dan matematik Yunani. Beliau dilahirkan di Syracuse, Sicily. Archimedes memperolehi idei fizik yang terkenal iaitu Prinsip Archimedes ketika beliau sedang mandi. Prinsip ini menyatakan daya julangan ke atas yang dialami oleh satu jasad yang tenggelam dalam cecair adalah sama dengan berat cecair yang disesarkan oleh jasad itu.
     Suatu hari, Raja Syracuse memerintahkan tukang emasnya membuat mahkota diraja dengan menggunakan logam emas tulen. Namun, Raja Syracuse mengesyaki bahawa tukang emas itu telah menipunya dengan mencampurkan perak bersama emas untuk membuat mahkota diraja tersebut. Archimedes akhirnya telah diperintahkan untuk menyiasat kandungan mahkota tersebut. Lantas beliau mula berfikir kaedah untuk mengetahui kandungan dalam mahkota tersebut tanpa meleburkannya.
     Tanpa disedari beliau mendapat idea untuk menyelesaikan masalah ini ketika masuk ke dalam tab mandinya di Syracuse. Air di dalam tab melimpah keluar ketika beliau masuk ke dalam tab itu. Archimedes terfikir bahawa idea ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah mahkota diraja itu. Archimedes menimbang mahkota itu dan mendapatkan bacaan beratnya. Selepas itu, dia mengambil sebongkah emas tulen dan menimbangnya supaya mempunyai berat yang sama dengan mahkota itu.
     Selepas itu dia menenggelamkan kedua-kedua emas tulen dan mahkota itu ke dalam air. Akhirnya, beliau mendapati mahkota itu melimpahkan air lebih banyak daripada emas tulen. Ini bermakna mahkota itu mengandungi isipadu yang besar dan ringan berbanding emas tulen. Archimedes pun membuat kesimpulan bahawa mahkota itu adalah campuran emas perak dan bukannya emas tulen. Tukang emas itu didapati bersalah dan dihukum bunuh.

Al-Khazini

Al-Khazini (Abad ke-12)

     Nama sebenarnya ialah Abu Fath Abdu Ar-Rahman atau Abdu Ar-Rahman Mansur Al-Khazini. Beliau dilahirkan di Merv (Turkmenistan) dan berbangsa Greek. Ayahnya adalah seorang hamba dari tawanan perang. Oleh itu beliau mewarisi status ayahnya sebagai hamba. Kedua-kedua ibu bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kecil. Beliau telah menunjukkan minat untuk belajar dengan mengunjungi perpustakaan sejak kecil.
     Ketika berumur 15 tahun, beliau telah memohon kepada tuannya, Ali Marwazi untuk bekerja di perpustakaan. Melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh Al-Khazini, Ali Marwazi bersetuju untuk membenarkannya bertugas di perpustakaan. Ali Marwazi dapat merasakan bahawa Al-Khazini bakal menjadi cendekiawan pada suatu hari nanti. Al-Khazini menggunakan peluang bekerja di perpustakaan dengan membaca seberapa banyak buku untuk menimba ilmu pengetahuan.
     Setiap malam, beliau menimba ilmu pengetahuan melalui kuliah yang kedengaran melalui tingkap-tingkap istana. Ini membuatkan Ali Marwazi terharu dan mengajak Al-Khazini bersamanya mengikuti kelas-kelas ilmu yang dijalankan di istana, rumah-rumah ulama, majlis ilmu di masjid dan mengaji kitab. Kecintaan Al-Khazini yang mendalam terhadap ilmu menyebabkan Ali Marwazi memerdekakan beliau. Al-Khazini tidak menoleh ke belakang lagi melainkan terus mempelajari bahasa Yunani, Parsi, Arab, astronomi, fizik dan ilmu-ilmu agama.
     Sifat tidak menyombong diri menyebabkan ramai guru menyukai dan menyenanginya. Walaupun pernah menjadi orang kepercayaan sultan, tetapi beliau tetap bersikap rendah diri sehinggakan sultan ingin menghadiahkan istana untuknya disebabkan kedudukan ilmu yang tinggi dan sempurna. Namun demikian Al-Khazini terpaksa menolak dengan baik tawaran tersebut kerana cintanya terhadap ilmu melebihi daripada segala-galanya. Beliau pernah berkata, "Darjat seseorang ditentukan oleh akal dan ilmu yang dimilikinya dan bukan kehebatan tempat tinggalnya".

Aristotle

Aristotle (384 Sebelum Masihi - 322 Sebelum Masihi)

     Aristotle dilahirkan pada 384 Sebelum Masihi di bandar Stagira, Macedonia. Beliau adalah saintis dunia purba ahli falsafah yang agung. Bapanya adalah seorang doktor perubatan. Beliau menuntut di Akademi Plato di Athens selama 20 tahun. Ketika itu beliau berusia 17 tahun. Setelah itu beliau telah membuka sekolahnya sendiri iaitu Lyceum. Antara sumbangan beliau ialah membina ensiklopedia sains pada zamannya. Beliau menulis dalam bidang falsafah, etika, metafizik, psikologi, ekonomi, teologi, politik, retorik, sterik, anatomi, geologi, fizik, embriologi, astronomi, zoologi, geografi dan fisiologi. Beliau pernah berkata, "Kemiskinan adalah punca revolusi dan jenayah. Masa depan sesebuah negara bergantung kepada pendidikan generasi muda".

Isnin, 25 Jun 2018

Stephan William Hawking

Stephan William Hawking (1942 - 14 Mac 2018)

     Beliau dilahirkan pada 8 Januari 1942 di Oxford, England. Sejak kecil beliau meminati matematik tetapi keluarganya mahu beliau menjadi seorang doktor. Akhirnya beliau memilih bidang fizik sebagai kerjayanya. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dari Universiti Cambridge dalam bidang fizik teori sementara ijazah pertamanya di Universiti Oxford. Beliau dilantik menjadi Profesor Lucasian Matematik di Universiti Cambridge pada 1979 selepas Isaac Borrow pada tahun 1663 dan Isaac Newton pada kurun ke-17.
     Hawking ditimpa panyakit saraf iaitu Amyotrophic Lateral Sclerosis menyebabkan beliau cacat anggota dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan alat bantuan percakapan. Doktor meramalkan beliau akan hidup dalam tempoh dua hingga tiga tahun sahaja. Walau bagaimanapun Tuhan masih memanjangkan umurnya sehingga kini. Sumbangan beliau terhadap fizik adalah dalam bidang kosmologi, lubang hitam, fizik kuantum, kerelatifan dan kuasar.
     Antara buku-buku yang beliau tulis ialah 'A Brief History Of Time' yang merupakan buku fizik terlaris pada kurun ke-20 dan 'Black Holes And Baby Universe And Other Essays'. Henry Schaefar saintis kimia kuantum mengatakan, "Hawking seorang ahli fizik terkenal abad ini belum memenangi Hadiah Nobel.".
     Walaupun nama beliau telah dicadangkan untuk memenangi Hadiah Nobel, sehingga kini pengiktirafan itu belum diperolehinya. Ini disebabkan unsur keTuhanan yang dimasukkan dalan kajian saintifiknya. Semasa membincangkan teori Letupan Besar, beliau berkata, "Walaupun sains boleh menyelesaikan persoalan bagaimana alam terjadi, tetapi sains tidak dapat menjawab kenapa alam perlu wujud. Tuhan sahaja yang dapat menjawab persoalan ini.".

Ibnu Sina

Ibnu Sina (980 Masihi - 1037 Masihi)

     Beliau terkenal dalam bidang perubatan, sarjana, ahli falsafah dan negarawan. Nama sebenarnya ialah Abu Ali Al-Husein bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina. Di Barat, beliau dikenali dengan nama Avicenna. Dilahirkan pada bulan Safar 370 Hijrah bersamaan Ogos 980 Masihi Bukhara (kini terletak di Republik Uzbekistan). Ayahnya seorang pembesar negera. Beliau adalah seorang yang pintar sejak kecil lagi dan kuat daya ingatan. Beliau juga mempunya seorang adik yang bernama Mahmud.
     Beliau mempelajari bahasa Arab dan Parsi sejak kecil lagi. Ibnu Sina dididik oleh seorang guru yang datang ke rumahnya untuk mengajar Al-Quran dan sastera ketika usianya lima tahun. Selain Al-Quran dan sastera, beliau juga mempelajari tafsir, fikh, usuluddin dan tasawuf. Beliau adalah seorang yang cekap dan mempunyai kemampuan luar biasa.
     Ketika berusia sepuluh tahun beliau tekah menghafal Al-Quran dan dapat menguasai ilmu-ilmu agama. Beliau juga telah mempelajari falsafah ketika berusia sepuluh tahun. Ilmu Hitung India dipelajarinya daripada saudagar rempah. Ketika berusia 16 tahun beliau telah dapat menguasai ilmu perubatan. Ibnu Sina mengambil masa selama 18 bulan untuk menguasai ilmu perubatan dengan mempelajarinya secara bersendirian tanpa guru.
     Ilmu logik, geometri dan astronomi telah dipelajari daripada Abu Abdullah, seorang ahli falsafah terkemuka. Metafizik adalah ilmu terakhir yang dikuasainya daripada karya Al-Farabi. Abu Bakr Al-Khawarizmi juga adalah gurunya ketika kecil. Menurut Arthur Hyman & James J.Walsh, Ibnu Sina terpaksa membaca buku tulisan Aristotle iaitu Metaphysics of Aristotle sebanyak 40 kali tetapi masih tidak memahaminya. Beliau berkata, "Aku pelik dengan penulis buku ini kerana walaupun telah berulang kali membaca sebanyak 40 kali serta dapat menghafal kandungan buku tersebut tetapi masih tidak dapat memahaminya.". Beliau terus berkata, "Buku ini terlalu sukar untuk aku fahami.".
     Suatu hari beliau pergi ke kedai buku dan seorang tukang jilid berkata kepadanya, "Belilah buku ini kerana harganya murah iaitu tiga dirham. Pemilik buku itu memerlukan wang.". Ibnu Sina pun membeli buku tersebut dan mendapati bahawa buku itu adalah buku karya Al-Farabi yang menerangkan metafizik Aristotle. Dengan bantuan buku Al-Farabi itu, beliau terus membaca tanpa jemu sehingga dapat memahami karya Aristotle. Beliau dididik dan dibesarkan di daerah Bukhara, pusat komunikasi antara negara Timur dan Barat. Ketika itu sudah ada ramai ahli falsafah dan pujangga terkenal seperti Abu Shukur, Abul Muayyad, Abul Hasan Shahid, Al-Biruni, Firdausi dan ramai lagi.
     Sebagai seorang Muslim, beliau sentiasa mengamalkan segala perintah dan suruhan agama seperti solat dan membaca Al-Quran. Apabila menghadapi sesuatu masalah, beliau akan berdoa memohon bantuan daripada Allah SWT melalui solat yang ditunaikan di masjid. Selepas mengerjakan solat, segala permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan. Ibnu Sina seorang yang tekun menimba ilmu pengetahuan. Beliau tidak akan tidur pada waktu malam dan siang kecuali setelah banyak membaca memperolehi ilmu pengetahuan pada hari tersebut.
     Apabila berasa mengantuk dan keletihan ketika membaca buku, beliau akan meminum secawan air dan akan meneruskan pembacaan sehinggalah benar-benar mengantuk. Ketika tidur pula biasanya beliau akan bermimpi bagaimana menyelesaikan persoalan-persoalan yang belum terjawab. Sewaktu berusia 18 tahun beliau telah berjaya menguasai ilmu perubatan dan dilantik sebagai doktor istana.
     Beliau telah diberi penghormatan dan hak istimewa untuk menggunakan perpustakaan diraja kerana dapat mengubati penyakit Sultan Nouh ll bin Mansur, yang sebelum ini gagal diubati oleh doktor-doktor lain. Peluang ini digunakan oleh beliau untuk membaca buku-buku falsafah dan perubatan di perpustakaan yang penuh dengan beraneka jenis buku itu. Beliau pernah berkata, "Aku mendapati koleksi buku kuno yang belum pernah aku temui sebelum ini. Ada juga buku-buku yang belum pernah disentuh lalu aku membaca dan mengambil ilmu daripadanya.".
     Walaupun pakar dalam perubatan tetapi beliau tidak menjadikan itu sebagai kerjaya mencari rezeki. Ini kerana ilmu kedoktoran yang dimiliki telah dicurahkan juga kepada doktor-doktor lain. Beliau juga dikenali sebagai 'Ensiklopedia Hidup' disebabkan kepakarannya dalam pelbagai bidang ilmu. Ketika berusia 21 tahun, beliau mula menulis buku. Ibnu Sina seorang yang rajin menulis. Ilmunya diperolehi melalui penyelidikan, pembacaan dan pengalaman. Dalam maca satu hari beliau boleh menulis sebanyak 50 halaman dan tujuh buah buku dalam masa setahun.
     Kebanyakan masanya ditumpukan kepada penulisan walau di mana berada. Beliau berpendapat bahawa dengan menulis, namanya akan hidup sepanjang zaman walaupun beliau sudah meninggal dunia. Beliau telah menulis sebanyak 456 buah buku. Karya beliau yang terkenal ialah As-Syifa' (The Book Of Discovery) dan Al-Qanun Fi Al-Tibb atau Canon Of Medicine (di Eropah) disifatkan oleh The Encylopaedia Britanica sebagai The Single Most Famous Book In History Of Medicine In East Or West.
     Buku tersebut mempunyai lebih sejuta kalimah dan telah digunakan di universiti Eropah selama 700 tahun lamanya. Buku ini juga telah diterjemahkan ke bahasa Latin, Hebrew, Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali. Dalam abad ke-16, buku ini telah diulang cetak lebih 21 kali. Ahli sejarah moden telah mengakui bahawa ilmu perubatan Barat banyak dipengaruhi oleh perubatan Muslim. Tanpa sumbangan pakar perubatan Islam, perubatan moden tidak akan mencapai tahap seperti hari ini.
     Beliau juga telah menerangkan berkaitan penyakit ulser, batuk kering, insomnia, kanser, tumor, sakit puan, buah pinggang, rabies, meningitis, keracunan, fisiologi, patologi dan psikoterapi. Beliau adalah saintis pertama yang menjumpai enam otot yang mengawal gerakan bola mata dan perintis penyakit saraf. Ibnu Sina merupakan doktor pertama yang bercakap mengenai tumor otak dan menggunakan ubat bius semasa pembedahan.
     Di bidang fizik pula, beliau telah mengkaji gelombang bunyi dan membuktikan cahaya bergerak lebih laju daripada bunyi. Ibnu Sina adalah saintis pertama yang menjumpai kesan eloktrostatik apabila suatu hari beliau menjumpai sejenis kayu yang digosok dengan kain lembut dapat menarik jisim halus. Dalam bidang mekanik, beliau telah menerangkan prinsip inersia iaitu, "Tidak ada jasad yang mula bergerak atau berhenti dengan sendiri.". Ibnu Sina juga menguasai ilmu muzik, syair, teologi, politik, matematik, kimia, sastera dan kosmologi.
     Ibnu Sina pernah berkata, "Aku lebih suka hidup berkat dan berkhidmat kepada orang ramai walaupun umurku pendek berbanding umur yang panjang tapi sia-sia.". Selain bidang perubatan, beliau pernah menjadi penasihat politik sultan, Pengarah Pentadbiran Kerajaan Samaniyah di Kharmaitam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hamazan dan Perdana Menteri lebih kurang 9 tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun 1037 Masihi pada usia 58 tahun.

Yang Guifei

Yang Guifei

     Dinasti Tang terkenal dengan kejelitaan Yang Guifei sehingga ada mengatakan bunga menutuo kelopaknya kerana malu dan rasa hormat apabila Yang Guifei lalu di kawasan itu. Setelah mendengar dakwaan ini, Maharaja Tang mencari Yang Guifei dan menjadikannya permaisuri raja. Malangnya, keluarga Yang Guifei terlalu ghairah dengab kekuasaan dan kemewahan istana sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Situasi ini memberi peluang pada musuh Maharaja untuk bertindak malah membangkitkan kemarahan tentera dan rakyat. Tidak lama kemudian, Dinasti Tang mengalami kejatuhan dan Yang Guifei dihukum mati oleh Maharaja Tang itu sendiri.

Xi Shi

Xi Shi

     Xi Shi ialah anak penjual teh Gunung Ningluo. Berasal dari sebuah kampung daerah Zhuji, wilayah Zhejiang merangkumi sebahagian negeri Yue di zaman lampau. Apabila negeri Yue ditawan negeri Wu, Raja Yue, Guo Jian terpaksa berkhidmat dengan putera Raja Wu. Guo Jian mengarahkan menteri Fan Li membawa Xi Shi pada putera tersebut sebagai hadiah daripada negeri Yue. Tetapi hakikatnya, Xi Shi mempunyai misi untuk memperdayakan Putera Raja Wu dengan kejelitaanya supaya baginda sentiasa resah gelisah sehingga mengabaikan soal pemerintahan negeri Wu. Dikatakan pesona kejelitaanya membuatkan ikan terlupa untuk berenang dan mati lemas apabila terpandang wajah Xi Shi.

Diao Chan

Diao Chan

     Diao Chan terkenal dengan wataknya dalam 'Hikayat Tiga Kerajaan'(Romance of the Three Kingdoms). Dia juga memiliki kemahiran dalam seni muzik dann menari selain rupa yang menawan. Suatu hari dia merenung bulan dilangit. Tiba-tiba awan bergerak menutupi bulan kerana malu apabila ditenung Diao Chan. Dalam 'Hikayat Tiga Kerajaan' Diao Chan menggunakan kelebihannya untuk mencetuskan perselisihan antara Dong Zhuo dan Lu Bu hingga mencetuskan pertempuran hebat.

Wang Zhaojun

Wang Zhaojun

     Wang Zhaojun dari Dinasti Han adalah seorang wanita jelita dan berbakat. Maharaja Han mengahwinkannya dengan ketua negeri Hun (dikenali Shan-Yu) untuk mengekalkan hubungan perdagangan dan perdamaian dengan orang barbar. Dalam perjalanan ke istana Shan-Yu, dia amat merindui kampung halaman lalu memujuk hati dengan bermain 'pipa'(alat muzik orang Cina). Gabungan alunan muzik dan kejelitaanya telah mengalihkan fokus burung di udara hingga terlupa untuk mengepakkan sayap.

Sultan Abdul Hamid ll

Sultan Abdul Hamid ll

     Merupakan seorang manusia yang berwibawa yang ingin menaikkan semula imej Empayar Uthmaniyyah gagah perkasa ke mata dunia. Eropah menggelarkan Turki pada ketika itu "Orang Sakit Eropah". Tetapi gelaran itu langsung tidak memberi kesan terhadap baginda sultan malah menaikkan lagi semangat dan azam baginda untuk membuktikan bahawa gelaran itu salah. Setiap permulaan pasti adannya kesudahan, Sultan Abdul Hamid ll akhirnya telah digulingkan oleh rakyatnya sendiri dimana minda mereka telah dimanipulasi oleh orang-orang Yahudi yang membenci baginda atas sebab tidak membenarkan orang Yahudi menjejakkan kaki ke tanah Palestin. Akhirnya baginda meninggal dunia di sebuah istana yang diberi nama Beylerbeyi Palace pada usia 76 tahun. Jasad baginda sultan dikebumikan bersebelahan perkuburan bapa saudaranya, Sultan Abdul Aziz. Semoga baginda dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang-orang Mukmin. Aamiin... Al-Fatihah...

Shah Jahan

Shah Jahan

     Shah Jahan atau nama sebenarnya Khurram adalah antara pemerintah Empayar Mughal yang terbilang. Ayahandanya bernama Sultan Jahangir. Ketika pemerintahannya, Sultan Jahangir telah dimanipulasi mindanya oleh isteri yang bernama Mehrunissa yang diberi gelaran Nur Jahan. Mehrunissa membuatkan Sultan Jahangir ketagihan candu sehinggakan segala urus tadbir Kerajaan Mughal diletakkan dibahu Mehrunissa. Mehrunissa juga merupakan ibu saudara kepada Arjumand isteri Shah Jahan.
     Namun semua itu berubah apabila anak kepada Sultan Jahangir yang bernama Khurram datang bagi merebut kembali takhta yang selama ini dipegang oleh Mehrunissa. Syahriyar pula dijadikan boneka oleh Mehrunissa untuk berselindung daripada diancam rakyat.
     Setelah takhta telah kembali ke tangan yang sah, Shah Jahan telah memenjarakan Mehrunissa dan Syahriyar di dalam penjara. Mata Syahriyar dibutakan sama seperti abangnya yang bernama Khuzrau di mana matanya dibutakan oleh ayahanda sendiri Sultan Jahangir kerana memberontak untuk mengembalikan Empayar Mughal dalam keadaan stabil.
    Semasa pemerintahan Shah Jahan, banyak perkara telah diubah. Jawatan-jawantan menteri telah dirombak dan baginda sultan telah melantik menteri dari kalangan orang yang beragama Islam dan mengurangkan pengaruh Hindu di dalam pentadbiran kerajaan.
     Di medan perang, musuh menggeruni namanya manakala sekutu pula sangat menghormatinya. Semasa kekuasaanya, Empayar Mughal berkembang dan mahsyur namanya ke seluruh dunia.
     Semua itu tidak akan ada tanpa sokongan seorang perempuan yang memberinya semangat untuk terus berjuang, dan menjadikannya semakin kuat pada ketika dugaan mendatang.
     Perempuan itulah isterinya yang sangat dicintai yang bernama Arjumand sehingakan diberi gelaran Mumtaz. Apakan daya, takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mumtaz meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang keempat belas.
     Kerana cintanya yang begitu mendalam kepada Mumtaz, Shah Jahan pun membinakan satu monumen agung yakni Taj Mahal yang dibina daripada batu marmar putih. Bukti indah sebuah cinta sejati.
     Namun, tanpa Shah Jahan sedar, Taj Mahal itu jugalah yang akan menyebabkan Empayar Mughal bergoncang.
     Akhirnya, berlaku pemberontakan oleh anaknya sendiri yang bernama Aurangzeb. Aurangzeb berbuat demikian kerana untuk menyelamatkan semula Empayar Mughal yang masalah ekonominya semakin meruncing disebabkan pembinaan Taj Mahal yang menelan kos begitu tinggi. Selepas daripada itu, Sultan Shah Jahan dapat ditawan dan dipenjarakan di Istana Benteng Merah yang terletak di Agra. Ketika itu Sultan Shah Jahan mendapat khabar berita daripada pembantunya bahawa anak-anaknya yang bernama Shah Shuja, Dara Shikoh dan Aurangzeb sedang bertempur sesama sendiri. Di dalam kurungan, Sultan Shah Jahan selalu membuat puisi sedih untuk mengenangkan nasibnya dan isteri tercinta Mumtaz. Baginda juga selalu terbayang-bayangkan wajah Mumtaz di dalam kamarnya itu. Akhirnya baru Sultan Shah Jahan sedar betapa peritnya perasaan itu yang selama ini dihadapi oleh ayahandanya Sultan Jahangir.

Al-Razi

Al-Razi (865 Masihi - 925 Masihi)

     Nama sebenarnya ialah Abu Bakr Muhammad Ibnu Zakariyya Al-Razi. Di Barat beliau dikenali dengan nama Razhes. Dilahirkan pada tahun 251 Hijrah/865 Masihi di Ray, Utara Iran. Beliau adalah cendekiawan abad ke-8 dan 9. Ibnu Sina pernah berguru dengan beliau. Pada usia remaja, beliau amat meminati muzik, nyanyian syair.
     Minatnya terhadap muzik telah ditinggalkan apabila meningkat dewasa kerana beliau tidak suka membazirkan masa dan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Al-Razi adalah seorang yang rajin membaca dan menulis walaupun disinari dengan nyalaan lilin pada malam hari. Selepas itu, beliau mula mempelajari ilmu kimia, falsafah, logik, matematik, kedoktoran dan fizik.
     Untuk meningkatkan kefahamannya dalam ilmu-ilmu ini, beliau telah mengembara ke kota Baghdad ketika usianya 30 tahun. Al-Razi telah mendapat gelaran sebagai Gale dan ahli perubatan kelas pertama meskipun beliau menceburi bidang perubatan selepas usianya 30 tahun. Beliau telah menjadi doktor yang terkenal ketika berusia 40 tahun dan telah mengetuai rumah sakit Bimaristan Adhdi.
     Seluruh hidupnya dihabiskan dalam bidang perubatan. Beliau banyak berguru dengan tokoh-tokoh cendekiawan untuk mendalami bidang ilmu yang luas ini. Beliau adalah orang pertama menggunakan konsep ilmu kimia dalam perubatan. Al-Razi adalah pengasas kimia moden menyamai konsep kimia pada masa kini, hingga beliau menjadi buta akibat terkena asid sulfurik ciptaannya sendiri. Beliau juga merupakan doktor pertama yang menjumpai penyakit cacar.
     Hasil penulisan tidak kurang daripada 230 karya yang terdiri dari pelbagai bidang seperti muzik, politik, logik, ketuhanan, kimia, psikologi, sains, geografi, perubatan, pembedahan dan rawatan mata. 'Al-Hawi' merupakan karya perubatan beliau yang terbesar menjadi bahan rujukan di Perpustakaan Fakulti Perubatan Paris di Perancis pada 1395 Masihi dan di Eropah selama beberapa abad lamanya. Beliau adalah saintis pertama menggunakan alkohol dan dadah dalam perubatan, menerangkan penyakit katarak dan membezakan penyakit cacar dan campak.
     Pakar bedah yang terkenal ini juga merupakan perintis bidang pediatrik, ophthalmologi dan obstetrik. Beliau adalah doktor perubatan yang inovatif. Untuk mendirikan hospital di sesuatu tempat, beliau akan memastikan tapak hospital itu benar-benar  selamat. Pemilihan tapak hospital dibuat dengan cara menggantungkan daging mentah di beberapa tempat.
     Kawasan yang paling sesuai dijadikan tapak hospital adalah tempat di mana daging mentah paling lambat menjadi busuk. Untuk membanti proses pemulihan pesakit, Al-Razi menyarankan agar doktor memberikan komen yang positif dan penuh semangat kepada pasakit. Sementara kepada pasakit, beliau mengingatkan supaya tidak bertukar-tukar doktor kerana akan membazirkan kesihatan, masa dan wang mereka sendiri.
     Beliau juga seorang pemurah terutamanya kepada fakir miskin. Mereka diberikan rawatan percuma atau bayaran yang paling minima. Beliau memberikan nasihat kepada sesiapa yang ingin menjadi doktor agar komited kepada tugas, tidak minum arak, rapat kepada pesakit, menjaga harta diri pesakit, menyimpan rahsia pesakit, menjaga akhlak ketika mengubati pesakit wanita, tidak sombong dan bangga diri. Beliau meninggal dunia pada tahun 925 Masihi. 

Al-Farabi

Al-Farabi ( 870 Masihi - 950 Masihi)

     Nama sebenarnya ialah Abu-Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarhan Ibnu Awlazagh Al-Farabi. Beliau adalah cendekiawan Islam abad ke-10. Di Barat, beliau dikenali sebagai Alpharabius. Dilahirkan di Turkistan pada tahun 257 Hijrah bersamaan 870 Masihi dalam suasana keluarga yang miskin. Bapanya adalah seorang tentera. Walau bagaimanapun, kemiskinan itu tidak mematahkan semangatnya untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang.
     Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan kecerdasan yang luar biasa. Al-Farabi telah dihantar oleh bapanya ke Baghdad untuk berguru dengan Yohanna bin Hailan seorang tokoh beragama Kristian. Beliau mempelajari tentang bahasa, matematik, geografi dan lain-lain ilmu dari tokoh ini. Selepas tamat berguru dengan Yohanna beliau mempelajari tentang falsafah, perubatan, ilmu bintang, falak, ilmu hukum dan lain-lain.
     Beliau amat terkenal sebagai seorang pakar dalam pelbagai bidang disebabkan beliau meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Maka tidak hairanlah beliau mampu menguasai banyak bahasa sepertu bahasa Arab, Turki, Farsi, Syria dan Greek. Al-Farabi adalah seorang pemuzik yang handal kerana lagunya mampu membuat penonton menangis, ketawa ataupun tidur. Beliau merupakan pencipta alat muzik yang bernama gambus. Oleh kerana ilmunya yang tinggi, beliau pernah dilantik menjadi hakim tetapi selepas itu meninggalkan jawatan tersebut untuk menimba ilmu.
     Beliau adalah seorang yang suka mengembara untuk mencari ilmu sama ada di Bukhara, Khurasan, Baghdad, Harran, Konstantinopel dan Damsyik. Ilmu beliau dalam bidang perubatan sangat tinggi tetapi beliau tidak menjadikan perubatan sebagai kariernya. Sebagai seorang yang kuat pegangan agama, beliau suka berpakaian seperti ahli tasawuf dan bersikap zuhud. Beliau dianggap guru kedua selepas Aristotle kerana ilmunya yang tinggi dalam falsafah.
     Ada riwayat mengatakan bahawa beliau pernah membaca buku metafizik Aristotle sebanyak 100 kali untuk memahaminya. Beliah pernah berkata, "Al-Farabi masih tetap berasa perlu untuk terus mengulang bacaanya lagi.". Al-Farabi telah menulis lebih daripada 100 karya dalam bidang logik, politik, metafizik, fizik, perubatan, sosiologi dan muzik. Kebanyakan karya beliau ditulis pada waktu malam ketika akhir hayatnya kerana pada waktu siang beliau menghabiskan masa untuk menjaga kebun.
     Karya-karya Al-Farabi akhirnya telah menjadi petunjuk dan panduan kepada Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan sarjana-sarjana di Timur dan Barat. Al-Farabi pernah berkata mengenai ilmu logik, "Ilmu ini dapat menolong seseorang mencari kebenaran dalam dirinya dan orang lain atau kebenaran orang lain dari dirinya.". Dalam bidang astronomi, beliau pernah menyangkal dakwaan yang mengaitkan gerhana matahari dengan kematian seorang raja. Beliau berkata, "Dakwaan yang mangaitkan gerhana matahari dengan kematian seorang raja adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh orang gila apatah lagi orang berakal. Ini disebabkan ada ketikanya cahaya matahari dilindungi oleh awan.".
     Selain menulis buku, beliau juga aktif menterjemah buku-buku dari bahasa Greek, Parsi, Hindi, China, Mesir, Syria dan lain-lain bahasa. Al-Farabi meninggal dunia pada tahun 950 Masihi ketika berusia 80 tahun.

Al-Biruni

Al-Biruni (973 Masihi - 1048 Masihi)

     Nama sebenarnya ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni. Dilahirkan pada 3 Zulhijjah 362 Hijrah bersamaan 973 Masihi di Khwarzm. Perkataan biruni adalah bahasa Parsi yang bermakna orang asing. Beliau dianggap saintis agung Rusia kerana dilahirkan dalam wilayah kesatuan Rusia ketika itu. Kejayaan Rusia menghantar roket pertama Sputnik ke angkasa lepas ada hubungan dengan warisan astronomi Islam di rantau yang dipelopori oleh Al-Biruni, Al-Khawarizmi, Al-Tusi dan lain-lain.
     Beliau menguasai bahasa Arab, Persia, Ibrani, Yunani, Sanskrit, Hebrew dan Syria. Sejak remaja lagi beliau sangat mencintai ilmu. Beliau juga merupakan seorang saintis unggul abad ke-11 dan pakar dalam astronomi, fizik, botani, matematik, sains tabii, kedoktoran, farmasi, geometri, aritmatik, algebra, geografi, bahasa dan sejarah. Beliau juga petah bercakap dan berpidato.
     'Rasan il Al-Biruni' adalah ensiklopedia astronomi dan matematik menjadi karya beliau yang teragung. 'Al-Qanun Al-Mas'udi' juga merupakan karya beliau dalam bidang astronomi. Beliau pernah dihadiahkan wang dan emas oleh Khalifah Al-Mas'udi selepas selesai menulis 'Al-Qanun Al-Mas'udi'. Walau bagaimanapun beliau menolak hadiah tersebut kerana beliau berkarya disebabkan cintanya yang mendalam terhadap ilmu dan bukan kerana keuntungan dunia.
     Al-Biruni adalah orang pertama membuktikan rumus sinus bagi satah segi tiga. Oleh kerana beliau seorang yang sangat mencintai ilmu, maka kebanyakan masanya ditumpukan kepada kerja-kerja penyelidikan dan penulisan. Dalam setahun, cuti beliau hanya dua kali sahaja iaitu pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Antara sifat-sifat yang ada pada diri beliau adalah berpegang kuat kepada agama, suka mengembara, tidak suka membuang masa, mempunyai hubungan yang rapat dengan cendekiawan Muslim mahupun Kristian dengan tujuan mempelajari ilmu. Manakala Ibnu Sina merupakan sahabat karibnya.
     Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada 1048 Masihi, beliau masih berbincang dengan teman-teman yang berada di sekelilingnya tentang permasalahan yang belum dapat diselesaikan. Semasa dalam keadaan uzur pun, beliah masih sempat menulis buku berjudul 'Al-Saydanah'. Menurut Al-Razi, jumlah karya Al-Biruni ialah sebanyak 138 buah.

Ibnu Haitham

Ibnu Haitham (965 - 1038 Masihi)

     Nama penuhnya ialah Abu Ali Muhammad Ibnu Al-Hasan Ibnu Al-Haitham. Dilahirkan di Basrah  pada tahun 354 Hijrah (965 Masihi)  dan meninggal di Kaherah pada 430 Hijrah (1038 Masihi). Di Barat, beliau dikenali sebagai Alhazen dan merupakan bapa optik moden. Sejak remaja lagi, beliau telah menguasai sains, falsafah dan geometri. Beliau berpendapat matematik, sains dan ketuhanan mudah dikuasai ketika usia masih muda.
     Ibnu Haitham terkenal sebagai seorang yang teliti dan berhati-hati. Beliau merupakan sarjana dalam ilmu hisab, algebra, geometri, matematik, falak, sains, geografi, astronomi, perubatan, farmasi, falsafah, logik, metafizik, ketuhanan, ilmu kalam, politik, akhlak dan sastera. Pada peringkat awal, beliau memperolehi ilmu sambil bekerja. Walaupun beliau hidup miskin tetapi beliau kaya dengan ilmu pengetahuan.
     Ibnu Haitham adalah pengasas ilmu optik dan membuat model kamera pertama pada kurun ke-10. George Sarton dan Dr.Donald menganggap Ibnu Haitham sebagai "The Greatest Student Of Optics Of All Times" kerana sumbangannya dalam bidang optik. Beliau mengkaji sifat biasan cahaya yang melalui dua medium berbeza yang dikenali sebagai Hukum Alhazen. Walau bagaimanapun penulis di Barat telah mengubahnya kepada Hukum Snell.
     'Al-Manazir' atau lebih dikenali sebagai 'Optical Thesaurus' merupakan karya beliau yang agung. Antara penemuan beliau ialah cahaya bergerak dengan kelajuan yang tertentu, pembiasan cahaya, pantulan cahaya, bayang, gerhana, menerangkan proses serakan cahaya, kejadian pelangi dan memperkenalkan kaedah uji kaji saintifik di makmal. Tokoj sains Barat, Roger Bacon telah dianggap sebagai orang pertama yang memperkenalkan kaedah uji kaji saintifik di Barat walaupun sebenarnya Ibnu Haitham yang memperkenalkannya dahulu.
     Walaupun Ibnu Haitham adalah pengasas optik tetapi ada sesetengah sarjana di Barat tidak mengakuinya. Bagi mereka, Kepler adalah pengasas optik. Ini menunjukkan sarjana Barat tidak beretika  kerana mengaku sesuatu yang bukan milik mereka. Beliau adalah saintis pertama menerangkan bagaimana proses penglihatan berlaku melalui mata secara sistematik dan logik. Penerangan beliau ini menolak pendapat saintis Yunani yang mangatakan bahawa proses penglihatan terjadi apabila cahaya keluar dari mata lalu terkena pada objek yang dilihat.
     Mutiara kata yang pernah diungkapkan oleh Ibnu Haitham ialah, "Selagi aku masih bernyawa, aku akan gunakan seluruh tenaga dan kekuatan untuk melakukan kegiatan ilmiah supaya dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang yang mencari kebenaran, menyatakan persoalan yang berada dalam pemikiranku dan bekalan untuk hari tua.". Beliau meninggal dunia pada tahun 1038 Masihi ketika berusia 73 tahun.

Al-Kindi

Al-Kindi (809 Masihi - 873 Masihi)

     Nama sebenarnya ialah Abu Yusuf Ya'qub bin Ishak bin Al-Sabah dan merupakan tokoh cendekiawan abad ke-8 dan 9. Di Barat beliau dikenali dengan nama Al-Kindus. Dilahirkan di Kufah, Iraq pada tahun 185 Hijrah/809 Masihi. Ketika itu Iraq merupakan pusat ilmu pengetahuan yang ulung. Bapanya seorang gabenor di Kufah. Sejak kecil minatnya terhadap ilmu pengetahuan sangat tinggi dan merupakan seorang tekun belajar. Beliau telah mempelajari ilmu membaca, menulis, ilmu nahu, menghafal Al-Quran, hadis, syair, falsafah dan kedoktoran.
     Beliau seorang yang gigih menuntut ilmu-ilmu semasa. Al-Kindi berpendapat, matematik perlu dipelajari terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu-ilmu lain. Jadi sebab itulah beliau terkenal sebagai seorang ahli sains falsafah Islam yang agung. Karier beliau sebagai doktor perubatan bermula ketika beliau berusia 19 tahun. Buku-buku dalan bahasa Yunani, Parsi, Syria dan Mesir telah diterjemahkan oleh beliau ke dalam bahasa Arab.
     'Rasa'il Al-Kindi' merupakan karya Al-Kindi yang menrangkan daya graviti dan hukum pengembangan jisim. Daya graviti yang ditemui oleh Newton pada abad ke-17 melalui peristiwa buah epal jatuh ke bumi telah dinyatakan oleh Al-Kindi sejak abad ke-9 lagi. Peristiwa pasang surut air laut telah ditemui oleh Al-Kindi lebih awal daripada saintis Eropah, Grosseteste (abad ke-13),. Hasil penulisan beliau lebib daripada 270 buah mencakupi bidang astronomi, meterologi, perubatan, matematik, logik, geometri, pembedahan, kimia, falak, metafizik, geografi, muzik, pemakanan, tauhid, geologi dan sebagainya.
     Al-Kindi juga pernah menulis nota muzik yang telah digubah untuk menghasilkan muzik yang harmoni. Beliau juga seorang penterjemah hasil karya Greek ke bahasa Arab yang terkenal. Beliau juga pernah mengupah beberapa orang penterjemah untuk menterjemahkan buku-buku falsafah dan kedoktoran beliau dari bahasa Yunani dan Suryani. Selain itu, beliau juga mengupah editor untuk mengedit bukunya. Prinsip hidupnya ialah bertolak ansur, tidak sombong dengan ilmu yang ada dalam diri dan tidak suka mencari kelemahan orang lain. Beliau juga mempunyai perpustakaan peribadi bernama Al-Kindiyah yang mengandungi pelbagaj karya ilmu pengetahuan. Beliau meninggal ketika berusia 65 tahun pada 873 Masihi.